awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia di tempat teratas Indeks Demokrasi EIU di ASEAN

Bernama
Bernama
11/02/2022
00:30 MYT
Malaysia di tempat teratas Indeks Demokrasi EIU di ASEAN
Malaysia menduduki tempat keenam di rantau Asia dan Australasia serta ke-39 di peringkat global. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia menduduki tempat teratas dalam kalangan negara di Asia Tenggara dalam laporan demokrasi tahunan yang dikeluarkan oleh Unit Perisikan Ekonomi (EIU) dengan skor keseluruhan 7.24.
Laporan Indeks Demokrasi 2021 oleh bahagian penyelidikan dan analisis The Economist Group meletakkan Malaysia di kedudukan lebih tinggi berbanding Timor Leste (7.06), Indonesia (6.71), Filipina (6.62), Singapura (6.23), Thailand (6.04), Vietnam (2.94), Kemboja (2.90) dan Myanmar (1.02).
Malaysia menduduki tempat keenam di rantau Asia dan Australasia serta ke-39 di peringkat global.
Menurut data dari 2006 hingga 2021, skor Malaysia pada 2021 menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya (7.19) dan merupakan yang terbaik untuk negara sepanjang tempoh itu.
Indeks Demokrasi, yang bermula pada 2006, memberi gambaran keadaan demokrasi di seluruh dunia di 165 negara merdeka dan dua wilayah berdasarkan penarafan bagi 60 indikator yang dihimpun dalam lima kategori iaitu proses pilihan raya dan pluralisme, kebebasan sivil, fungsi kerajaan, penyertaan politik serta budaya politik.
Dalam Indeks Demokrasi 2021, Malaysia memperoleh skor 9.58 bagi proses pilihan raya dan pluralisme, fungsi kerajaan (7.86), penyertaan dalam politik (7.22), budaya politik (6.25) dan kebebasan sivil (5.29).
Norway mendahului indeks di peringkat global dengan skor 9.75 diikuti New Zealand (9.37) dan Finland (9.27) manakala Korea Utara (1.08), Myanmar (1.02) dan Afghanistan (0.32) berada di kedudukan paling bawah dalam senarai itu.
"Keputusan itu mencerminkan kesan negatif yang berterusan pandemik COVID-19 terhadap demokrasi dan kebebasan di seluruh dunia selama dua tahun berturut-turut," menurut laporan itu.
Ia juga menyebut pandemik itu telah mengakibatkan penarikan balik kebebasan sivil yang belum pernah berlaku dalam kalangan negara demokrasi maju dan rejim autoritarian, antara lain memerlukan bukti vaksinasi pencegahan COVID-19 bagi penglibatan dalam kehidupan awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#ASEAN
#Unit Perisikan Ekonomi
#EIU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan