SEREMBAN: Malaysia dijangka menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) bulan depan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan.
Beliau berkata tarikh perjanjian dimeterai akan ditentukan oleh kerajaan Indonesia dalam waktu terdekat.
"Sebenarnya kita jangka MoU itu ditandatangani pada awal Februari tetapi terpaksa tangguh kerana keadaan yang tidak sesuai. Jadi, kita harap dalam Mac ini, memandangkan MoU ini akan ditandatangani di Indonesia, jadi saya minta mereka (kerajaan Indonesia) tetapkan tarikh," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai operasi penguatkuasaan khas bersepadu di bawah Undang-Undang Perburuhan dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) di sini hari ini.
Dua hari lepas, Saravanan dilaporkan berkata pemeteraian MoU PDI itu memberikan manfaat kepada kedua-dua negara khususnya golongan PDI yang memerlukan pekerjaan dalam situasi ekonomi global yang masih berdepan krisis COVID-19 serta majikan tempatan yang memerlukan khidmat pembantu rumah.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya juga akan ke Kemboja tidak lama lagi bagi membincangkan reaksi dan perkara berkaitan pengambilan tenaga buruh termasuk pembantu rumah memandangkan negara tidak boleh bergantung kepada satu-satu negara sumber sahaja.
"Belum tahu lagi (jumlah tenaga buruh akan diambil), baru terima arahan Perdana Menteri, beliau minta saya berbincang dengan Kemboja," katanya menambah setakat ini 1,054 pekerja Kemboja berada di negara ini dengan 1,003 orang adalah pembantu domestik.
Beliau turut menegaskan tiada diskriminasi terhadap kesemua buruh asing berkenaan kerana mereka turut mendapat kemudahan yang sama seperti diterima pekerja tempatan.
Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan kedutaan Amerika Syarikat telah menyalurkan peruntukan RM5 juta kepada badan bukan kerajaan negara ini bagi membantu mengambil tindakan terhadap kes membabitkan buruh paksa.
Mengenai operasi penguatkuasaan berkenaan, Saravanan berkata seorang pekerja restoran warga India diselamatkan kerana disyaki mangsa pemerdagangan manusia selain didapati tidak mempunyai permit sah dan lelaki itu akan dihantar ke rumah perlindungan di Melaka selepas mendapat perintah perlindungan sementara daripada mahkamah.
Beliau berkata sejak 1 hingga 23 Feb lepas seramai 40,922 majikan melibatkan lebih 4 juta pekerja tempatan dan asing di seluruh negara diperiksa bagi memastikan mereka mematuhi Akta 446.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 25 2022
Saravanan berkata tarikh perjanjian dimeterai akan ditentukan oleh kerajaan Indonesia dalam waktu terdekat. - Gambar fail
Pengawal peribadi kawal skuad Gergasi Merah
SELANGOR FC mengetatkan kawalan terhadap kesemua barisan pemain dan pengurusan bagi mengelakkan sebarang insiden jenayah berlaku kepada skuad Gergasi Merah itu.
Selangor sanggup bayar kerugian Piala Sumbangsih
SELANGOR FC sanggup menerima apa sahaja hukuman termasuk membayar kerugian susulan skuad Gergasi Merah itu menarik diri daripada saingan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
MITI rangka strategi pelbagaikan perdagangan, tumpu negara bukan tradisi - Tengku Zafrul
Dengan cabaran geopolitik yang mengurangkan jumlah perdagangan global, kementerian itu kini memfokuskan kepada negara di rantau Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah.
Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.
Fokus Minggu Depan: Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Sabtu malam
Sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh dan beberapa yang lain cedera pada Sabtu malam dalam serangan udara ganas Israel yang menyasarkan sebuah kompleks kediaman di utara kem pelarian Nuseirat, di tengah Semenanjung Gaza.
Semua berada di belakang Selangor FC - Nidzam
Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil percaya sokongan tidak berbelah bahagi diterima skuad Gergasi Merah itu selepas kejadian menyedihkan menimpa Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu.
Yaya Empire beri inspirasi, jayakan malam seni HBN 2024 Kelantan
Sambutan Hari Belia Negara 2024 peringkat negeri Kelantan menutup tirai dengan malam seni yang penuh gilang gemilang.
Kerajaan kecam pihak ugut bunuh, hantar peluru kepada Teresa Kok
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil meluahkan rasa kesal terhadap tindakan pihak yang menghantar kertas ugutan bunuh bersama dua peluru kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Teresa Kok terima kertas ugutan bunuh berserta peluru
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menerima kertas ugutan bunuh bersaiz A4 bersama dua peluru yang diletakkan dalam peti surat di kediamannya.
Kes babitkan pekhidmat domestik Indonesia akan dikaji semula - Zambry
Beliau turut memberi jaminan bahawa Malaysia akan terus bekerjasama dengan Indonesia bagi memastikan pengambilan dan perlindungan PDI adalah berlandaskan undang-undang negara sedia ada.
Pekhidmat Indonesia dibayar ikut kadar gaji minimum negara masa ini - Saravanan
Gaji bagi pekhidmat domestik Indonesia akan dibayar tidak kurang daripada gaji minimum yang sedang terpakai di negara ini.
Pembantu rumah: Malaysia, Indonesia setuju bincang MoU pengambilan dan perlindungan PDI
Kata sepakat itu dibuat di akhir perbincangan antara kedua-kedua negara yang diadakan secara maya semalam bagi memuktamadkan MOU PDI di Malaysia.