awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Bersama pastikan hidupan liar tidak terus mati dilanggar
Tempok, simbol identiti masyarakat Orang Asli
Lelaki berpakaian wanita: JAWI panggil jalankan siasatan lanjut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia diketengahkan sebagai Pusat Rawatan Hepatitis C Asia di Expo 2020 Dubai

Bernama
Bernama
14/01/2022
09:34 MYT
Malaysia diketengahkan sebagai Pusat Rawatan Hepatitis C Asia di Expo 2020 Dubai
Malaysia diketengahkan sebagai Pusat Rawatan Hepatitis C Asia di Expo 2020 Dubai pada majlis pembukaan Minggu Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Malaysia di Pavilion Malaysia, menurut Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC).
KUALA LUMPUR: Malaysia diketengahkan sebagai Pusat Rawatan Hepatitis C Asia di Expo 2020 Dubai pada majlis pembukaan Minggu Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Malaysia di Pavilion Malaysia, menurut Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC).
MHTC dalam satu kenyataan hari ini berkata, sebagai negara pertama yang diberi kebenaran bersyarat untuk Ravidasvir yang dikombinasikan dengan Sofosbuvir bagi merawat Hepatitis C, Malaysia bersedia untuk menawarkan rawatan yang berkesan dengan kos yang berpatutan.
"Seiring dengan tema Hari Hepatitis Dunia 2021 'Hepatitis Can't Wait' Malaysia telah bersedia dan tidak sabar untuk maju ke hadapan dengan rawatan kepada penghidap penyakit itu.
"Malaysia menawarkan rawatan dengan kadar sembuh 97 peratus dan pengurangan kos 95 peratus kepada pesakit Hepatitis C," kata Ketua Pegawai Eksekutif MHTC Mohd Daud Mohd Arif pada majlis pelancaran Minggu Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Malaysia.
Katanya, adalah penting untuk pihak industri menonjolkan kelebihan penjagaan kesihatan yang ditawarkan dan terus mengutamakan sasaran untuk menjadi destinasi penjagaan kesihatan global utama.
Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga Berhad Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata: "Menerusi kepakaran kami dalam pembekalan, logistik dan pengedaran ubat Hepatitis C kepada hospital-hospital yang menjadi ahli MHTC, kami berbangga kerana dapat menyumbang kepada matlamat Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Dunia untuk menghapuskan Hepatitis C menjelang 2030.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Pusat Rawatan Hepatitis C Asia
#Expo 2020 Dubai
#Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia
#MHTC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan