awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, GCC mulakan rundingan FTA pada awal tahun depan -- MITI

Bernama
Bernama
15/12/2025
13:15 MYT
Malaysia, GCC mulakan rundingan FTA pada awal tahun depan -- MITI
Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Hairil Yahri Yaacob berkata mesyuarat dua hala berkenaan akan diadakan di Riyadh, Arab Saudi. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia akan memulakan rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan negara-negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada awal tahun depan.
Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Hairil Yahri Yaacob berkata mesyuarat dua hala berkenaan akan diadakan di Riyadh, Arab Saudi.
GCC merangkumi enam negara iaitu Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.
"Kita akan memulakan rundingan dengan negara-negara anggota GCC dan berharap FTA ini akan mengembangkan lagi pasaran eksport Malaysia selain mengurangkan kebergantungan terhadap negara-negara tertentu," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat mengenai Perjanjian Timbal Balas Amerika Syarikat-Malaysia (ART) di sini, hari ini.
Sesi itu melibatkan pihak berkepentingan utama seperti Persatuan Veteran Badan Beruniform Malaysia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.
Hairil Yahri berkata rundingan awal sebelum ini telah berlangsung secara tidak rasmi menerusi libat urus dalam talian yang menyaksikan kedua-dua pihak telah bersetuju dengan skop rundingan berkenaan.
Beliau juga menyifatkan usaha itu sebagai langkah untuk meneroka pasaran baharu selain dapat mempelbagaikan pasaran eksport negara di tengah-tengah cabaran membabitkan ART.
Laporan media sebelum ini menyatakan rundingan pertama perbincangan FTA dengan negara-negara anggota GCC akan dimulakan pada Disember ini, namun Hairil Yahri berkata tarikh berkenaan telah dipinda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#FTA
#rundingan
#GCC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan