KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa kepada kerjasama yang lebih erat daripada ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dalam memudahkan pergerakan barangan keperluan dan menolak dasar perlindungan perdagangan.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dalam ekonomi menghadapi penularan COVID-19, menguruskan sekatan pergerakan, lonjakan kes dan pengeluaran yang terjejas, aliran perdagangan global yang tidak dapat dielakkan akan terus terganggu kecuali isu ini ditangani dengan segera dan secara bersama.
Beliau berkata rantau APEC tidak boleh dilihat sebagai antitesis atau bertentangan dengan perdagangan terbuka dan pelaburan.
"Kita perlu menolak dasar perlindungan dengan tidak memperkenalkan langkah-langkah sekatan perdagangan yang baharu dalam tempoh kritikal ini sebaliknya merangka inisiatif baharu untuk memudahkan rantaian bekalan.
"Kejayaan pantas APEC ialah sesuatu yang kita lakukan secara semula jadi dan cekap, iaitu berkongsi maklumat.
"Usaha kolektif yang mudah ini dapat membantu meningkatkan tahap rantaian bekalan untuk mengurangkan risiko, menangani kesesakan, mengelak harga yang terlalu tinggi dan kekurangan bekalan," katanya dalam ucapan intervensi pada Pemukiman Tidak Rasmi Ketua-ketua APEC yang diadakan secara maya hari ini.
Muhyiddin berkata walaupun terdapat beberapa negara telah kembali kepada tahap tertentu yang normal, banyak negara yang masih bergelut untuk mendapatkan semula kestabilan ekonomi, justeru, perlu bagi semua negara untuk mengambil tindakan segera dan kukuh secara kolektif.
Perdana Menteri turut menegaskan bahawa ekonomi APEC perlu mengukuhkan kerjasama mereka ke arah vaksin COVID-19 yang saksama, mampu milik dan dapat diakses untuk semua.
Beliau berkata dengan penularan varian baharu yang amat mudah berjangkit, vaksin COVID-19 adalah talian hayat untuk rakyat dan jurang vaksinasi global yang jelas tidak seharusnya menjadi halangan dalam usaha mencapai imuniti kelompok.
Tiada ekonomi yang seharusnya ketinggalan dari segi menerima vaksin COVID-19, katanya.
"Walaupun kepentingan mengekalkan insentif bagi tujuan inovasi perlu diutamakan, Malaysia juga menyokong inisiatif global untuk meningkatkan kapasiti pemberian vaksin global, termasuk menerusi rundingan di Pertubuhan Perdagangan Dunia yang melibatkan pengecualian sementara peruntukan tertentu dalam Perjanjian Aspek Harta Intelek berkaitan Perdagangan (TRIPS).
"Ini merupakan langkah dan hala tuju yang tepat memandangkan keadaan luar biasa juga memerlukan tindakan seumpamanya," katanya.
Selain mengakui bahawa rundingan berkaitan memerlukan masa lama, Muhyiddin juga mengingatkan agar negara-negara pengeluar vaksin mengelak perbuatan meningkatkan stok simpanan vaksin masing-masing dan sebaliknya berkongsi dengan negara lain yang memerlukannya.
Malah, Perdana Menteri menegaskan bahawa sikap 'nasionalisme' vaksin serta perbuatan menyimpan stok vaksin itu sebagai tidak produktif dalam usaha melonjakkan kadar pemberian vaksin global yang turut mendorong negara-negara mencatat pemulihan ekonomi.
Dalam pada itu, beliau juga menekankan bahawa langkah pembukaan semula sempadan antarabangsa ketika tempoh pandemik sebagai satu tindakan berhati-hati yang memerlukan perancangan teliti serta keyakinan tinggi oleh pihak yang terbabit.
Sehubungan itu, Perdana Menteri menggesa ekonomi APEC membincangkan kemungkinan mewujudkan pengawalseliaan berkaitan gelembung perjalanan dan pengaturan kuarantin, atau perakuan bersama meliputi dokumen pensijilan vaksinasi yang seragam tanpa mengetepikan ketetapan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
"Apabila tiba masa yang tepat, kesemua penyelesaian yang praktikal ini akan menjadi jawapan dalam usaha memudahkan kesalinghubungan antara penduduk di rantau tersebut," kata beliau.
Pemukiman tidak rasmi itu yang secara tradisinya diadakan setiap November bersempena Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (AELM), telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 16 2021

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan ucapan di Pemukiman Tidak Rasmi Ketua-ketua Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang dipengerusikan Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern malam ini. - Foto BERNAMA
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Malaysia menuju tenaga nuklear? Ini 5 faktor perlu diberi perhatian
Malaysia sedang mempertimbangkan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif, tetapi sebelum direalisasikan, ada beberapa faktor penting yang perlu diambil kira.

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.

MH370: 11 tahun berlalu, mungkinkah misteri terungkai?
Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.

Menteri, timbalan menteri ucap selamat Hari Wanita Antarabangsa 2025
Beberapa Menteri dan Timbalan Menteri mengucapkan selamat Hari Wanita Antarabangsa 2025 yang disambut di seluruh dunia hari ini.

Malaysia bantah cadangan 'ambil alih' Gaza, sifatkan sebagai pembersihan etnik - Mohamad
Malaysia menentang keras cadangan untuk mengilhakkan Gaza, menyifatkannya sebagai bentuk "pembersihan etnik" dan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa.

Tujuh aspek penting yang membentuk masa depan semikonduktor Malaysia
Dengan ketidaktentuan geopolitik, perubahan rantaian bekalan global, serta peningkatan pelaburan asing, Malaysia mempunyai peluang luar biasa untuk menjadi pemain utama dalam sektor ini.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sekatan eksport cip AI AS boleh buka peluang Malaysia perkukuh teknologi tempatan - MITI
Malaysia berpeluang untuk menggalak serta memperkukuh keupayaan tempatan dalam pembangunan teknologi sekiranya Amerika Syarikat (AS) melaksanakan sekatan eksport cip kecerdasan buatannya (AI).

Malaysia gesa pelaksanaan segera perjanjian gencatan senjata
Malaysia menggesa pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata di Gaza, termasuk pertukaran tawanan dan tahanan seperti yang dipersetujui oleh semua pihak.

Cip AI disekat AS: Malaysia nilai sama ada undang-undang telah dilanggar
MITI menegaskan bahawa Malaysia tetap teguh menentang mana-mana individu atau syarikat yang cuba mengelak kawalan eksport atau terlibat dalam aktiviti perdagangan haram.