awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM seru rakyat tolak kebencian, semai empati sempena Hari Krismas
MARDI agih 1,000 ekor Ayam Saga, perkasa komuniti KRT Jasin
Yayasan PEKEMA sasar 10,000 pelajar terima manfaat sepanjang 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia gesa Jepun untuk terus tangani kebimbangan mengenai air terawat dari Fukushima

Bernama
Bernama
05/11/2023
09:22 MYT
Malaysia gesa Jepun untuk terus tangani kebimbangan mengenai air terawat dari Fukushima
Jepun harus terus mempertimbangkan pandangan, cadangan, dan kebimbangan yang dikemukakan oleh Malaysia dan negara-negara serantau lain. - PMO
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia berpuas hati dengan jaminan Jepun dan laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengenai kesan radiologi yang minimum terhadap kehidupan marin hasil pelepasan air terawat dari Loji Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi.
Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa Jepun harus terus mempertimbangkan pandangan, cadangan, dan kebimbangan yang dikemukakan oleh Malaysia dan negara-negara serantau lain mengenai perkara itu kerana kesannya merentasi sempadan.
"...(kita) memberi jaminan kepada Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida bahawa kita (Malaysia) akan terus membeli produk dari Jepun," katanya dalam sidang media bersama dengan Kishida di sini pada Ahad.
Pada 24 Ogos, dilaporkan bahawa Jepun telah mula melepaskan air terawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke laut.
Selain itu, Anwar berkata bahawa sidang kemuncak peringatan ulang tahun ke-50 Hubungan Dialog ASEAN-Jepun akan diadakan pada pertengahan Disember di Tokyo.
Anwar juga berharap isu-isu bilateral antara Malaysia dan Jepun dalam bidang pertahanan dan keselamatan, pendidikan, dan peralihan tenaga akan dibincangkan secara mendalam semasa dialog ini dan beberapa perjanjian akan dimuktamadkan.
Selepas pertemuan hari ini, Anwar mengatakan beliau gembira dengan komitmen Jepun untuk menyokong inisiatif ASEAN termasuk perkara lima konsensus (5PC) untuk membawa keamanan ke Myanmar.
Lawatan dua hari Kishida ke Malaysia bermula pada Sabtu signifikan kerana bersempena dengan ulang tahun ke-50 Persahabatan dan Kerjasama ASEAN-Jepun tahun ini.
Selama lapan tahun berturut-turut sejak 2015, Jepun telah menjadi rakan dagangan terbesar keempat Malaysia.
Pada tahun 2022, perdagangan dengan Jepun bernilai RM181.51 bilion (US$41.21 bilion), menyumbang 6.4 peratus daripada perdagangan keseluruhan Malaysia.
Sehingga Jun 2023, sejumlah 2,778 projek oleh syarikat-syarikat Jepun telah dilaksanakan di Malaysia, dengan pelaburan berjumlah RM91.89 bilion (US$27.43 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#makanan laut
#air terawat loji nuklear
#fikushima
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan