Malaysia menggesa Kanada mengambil langkah memendekkan masa memproses visa untuk warga negara ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini.
Anifah, yang menimbulkan perkara itu dengan Menteri Pertahanan Nasional Kanada, Harjit Singh Sajjan dalam rundingan bilateral di sini, berkata permohonan visa, yang dikemukakan ke pejabat Visa Kanada di Singapura, mengambil masa purata antara 10 hingga 14 hari untuk diproses.
"Kadang kala ahli perniagaan tidak dapat menunggu begitu lama. Saya menyarankan mereka mencari jalan untuk memendekkan tempoh menunggu, walaupun kita faham undang-undang dan dasar Kanada," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Harjit Singh yang sedang melawat negara ini, di Wisma Putra di sini.
Kedua-dua menteri itu membincangkan kerjasama Malaysia-Kanada yang sedang berjalan.
Berkuatkuasa 30 April 2012, Bahagian Visa dan Imigresen di Kedutaan Kanada di Malaysia (Kuala Lumpur) ditutup kepada awam.
Anifah berkata topik lain dibincangkan di mesyuarat itu termasuk kerjasama dalam menentang keganasan, pertukaran maklumat mengenai kejadian berkaitan kumpulan militan Daesh dan kepulangan anggota kumpulan itu ke negara masing-masing.
"Kita telah mengadakan rundingan yang cukup produktif. Kedua-dua Malaysia dan Kanada amat gembira kerana tahun ini menandakan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik Malaysia-Kanada.
"Hubungan ini terus mesra dengan kerjasama utama di bidang perdagangan, pelaburan, kerjasama pertahanan dan keselamatan," kata beliau.
Tentang perdagangan, Anifah berkata Malaysia mempunyai pelaburan besar di British Columbia, sementara pelaburan Kanada di Malaysia melebihi RM15 bilion.
Mengenai pendidikan, Anifah berkata, ia terus menjadi bahagian penting dalam hubungan antara kedua-dua negara, dan kini terdapat lebih 300 pelajar Malaysia melanjutkan pengajian di Kanada.
"Kami juga sentuh soal Semenanjung Korea, Laut China Selatan, isu Timur Tengah berkaitan senjata kimia, dan isu Syria," kata beliau.
Bagi pihak kerajaan Malaysia, Anifah mengundang Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau dan rakan sejawatannya, Chrystia Freeland melawat Malaysia.
Lawatan Harjit Singh ke Malaysia selama tiga hari itu bersempena dengan kunjungan dua kapal perang Tentera Laut Diraja Kanada, Ottawa dan Winnipeg, di Pelabuhan Klang.
Menurut kenyataan Kementerian Luar, lawatan menteri itu adalah yang pertama ke Malaysia oleh menteri pertahanan negara itu sejak terbentuknya kerjasama bilateral Malaysia-Kanada pada 1957. -- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 25 2017
Datuk Seri Anifah Aman menyarankan Kanada mencari jalan untuk memendekkan tempoh menunggu. - Gambar fail
Sebuah video serangan keatas Israel dikeluarkan Hamas
Sebuah rakaman dikeluarkan Hamas pada Jumaat, mendakwa melakukan serangan ke atas tentera Israel di kawasan kejiranan di Bandar Gaza dan melepaskan bom di Beersheba, Israel.
Sebuah kenyataan pada video yang disiarkan di Telegram oleh Sayap Bersenjata Hamas, menunjukkan serangan ke atas sekumpulan penembak tepat Israel di selatan kejiranan Al-Zaytoun di Bandar Gaza dan pengeboman ke atas "bandar yang diduduki" Beersheba.
Sebuah kenyataan pada video yang disiarkan di Telegram oleh Sayap Bersenjata Hamas, menunjukkan serangan ke atas sekumpulan penembak tepat Israel di selatan kejiranan Al-Zaytoun di Bandar Gaza dan pengeboman ke atas "bandar yang diduduki" Beersheba.
[INFOGRAFIK] N.06 Kuala Kubu Baharu, calon PN, Khairul Azhari Saut
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan calon PN, Khairul Azhari Saut. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
PRK KKB: Berkerusi roda, bertongkat demi pilih wakil rakyat
Kerusi rodanya meluncur perlahan memasuki pusat pengundian selepas melakukan perjalanan 500 meter dari kediamannya.
[INFOGRAFIK] N0.6 Kuala Kubu Baharu, calon Perpaduan, Pan Sock Tao
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan calon Perpaduan, Pan Sock Tao. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Pasangan warga emas redah 200 km demi PRK Kuala Kubu Baharu
Abdul Rahim Bidin dan Noraini Mansor bergerak selepas subuh dan selesai membuang undi di SJKC Khing Ming sekitar jam 8.30 pagi.
Buletin AWANI Khas: Kuala Kubu Baharu memilih
Kylian Mbappe sah tinggalkan PSG
Penyerang berusia 25 tahun itu tidak akan menyambung kontraknya, selepas hampir tujuh musim beraksi bersama kelab terkemuka Perancis itu.
Muhammad Khairi, Normawaty dinobat qari dan qariah Melaka 2024
Normawaty sama sekali tidak menyangka memenangi pertandingan pada tahun ini selepas lima kali menyertai program tilawah itu sejak 2008.
Op Gegar: 39 individu termasuk 29 GRO warga asing ditahan
Penahanan dilakukan selepas pemeriksaan dijalankan terhadap 82 individu dalam Op Gegar bermula 11 malam tadi hingga 2 pagi tadi.
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
Anifah dilantik Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sabah
Anifah Aman dilantik sebagai Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Krisis Rusia-Ukraine: Malaysia harus lebih tegas, tingkat keselamatan siber - Anifah
Beliau yang merupakan Presiden PCS menyeru kerajaan berpendirian tegas dalam menghentikan keganasan yang berlaku antara Ukraine dan Rusia.
Parti Cinta Sabah retak, beberapa pemimpin kanan umum keluar parti
Datuk Ewon Ebin yang juga Naib Presiden PCS berkata, keputusan itu dibuat selepas aktiviti parti itu seolah-olah terhenti, selepas mengalami kekalahan pada pilihan raya negeri September 2020.
Henti berpolitik, beri tumpuan bantu rakyat - Anifah Aman
Kerajaan turut digesa untuk memberi tumpuan pada isu kekurangan doktor dan logistik dalam menyegerakan proses vaksinasi dalam negara.
Saya akan keluar dewan, jika beri manfaat kepada rakyat dan negara - Anifah Aman
Tindakan Datuk Seri Anifah Aman yang tidak meninggalkan Dewan Rakyat hari ini adalah kerana isu yang dibangkitkan dan diprotes itu tidak memberi manfaat kepada rakyat dan negara.
Ayam rendang Zaleha berjaya 'satukan' Malaysia
Suasana panas menuju pilihan raya umum, ramai mudah terlupa mengenai titik persamaan yang menyatukan rakyat Malaysia.
Pendekatan diplomatik tunjang penyelesaian isu penambakan tanah di Laut China Selatan
Beberapa menteri luar ASEAN menyatakan kebimbangan mengenai isu berkenaan ketika berlangsungnya Pemukiman Menteri Luar ASEAN di republik itu pada Selasa.
Malaysia-Qatar tandatangani empat MoU
Malaysia dan Qatar pertingkat kerjasama dua hala dalam bidang latihan diplomat, pengajian tinggi, perundangan dan kehakiman.
Malaysia perjuang inisiatif kesederhanaan bendung fahaman ekstremisme
Pendekatan kesederhanaan adalah elemen penting dalam memastikan keamanan dan keselamatan mampan.
Hubungan diplomatik dengan Holy See satu pencapaian - Anifah
Datuk Seri Anifah Aman menyifatkan pewujudan hubungan diplomatik dan penubuhan Kedutaan Besar Malaysia di Holy See sebagai sesuatu yang penting.