Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berharap Malaysia dapat mengumumkan gelembung lalu lintas udara dengan Singapura dan rakan hubungan bilateral lain, tidak lama lagi.
Perkara itu antara isu yang dibincangkan dalam kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon di pejabat menteri pada Selasa.
"Kami membincangkan pelbagai isu yang memerlukan perhatian kedua-dua negara bagi membolehkan kedua-dua negara meneruskan pertukaran rakyat secepat mungkin, walaupun bimbang dengan masalah pandemik yang masih berterusan.
"Komuniti perniagaan yang berkait rapat di kedua-dua belah pihak perlu segera berulang-alik dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat," katanya dalam hantaran di laman Facebook rasminya malam tadi.
Wee berkata pihak berkuasa kesihatan Malaysia akan membuat pengumuman tidak lama lagi mengenai perjanjian SOP berkenaan.
Mesyuarat itu juga turut mengemas kini perbincangan yang sedang berlangsung untuk projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Malaysia-Singapura (HSR 2.0), kerana kedua-dua pihak semakin menghampiri tarikh 31 Dis sebagai tarikh akhir untuk menandatangani perjanjian dua hala itu.
Wee berkata kejayaan menandatangani perjanjian Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Johor Bahru-Woodlands pada 30 Julai lepas mencerminkan komitmen bersama.
Mesyuarat itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pengangkutan Hasbi Habibollah dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Isham Ishak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 15 2020
Vanu mengadakan kunjungan hormat ke atas Wee (kanan) di pejabatnya pada Selasa, 15 Sept, 2020. - Foto Facebook Wee Ka Siong
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
COVID-19: Thailand kuat kuasa perintah 'gelembung dan tutup' di kem pekerja binaan
Thailand kuat kuasa kaedah 'gelembung dan tutup' di kem pekerja binaan di Bangkok untuk membendung gelombang ketiga penularan COVID-19.
Messi disiasat langgar protokol COVID-19 dengan parti barbeku
Messi didakwa menjemput rakan sepasukan dan pasangan masing-masing ke rumahnya bagi meraikan kemenangan 3-2 ke atas Valencia dengan parti barbeku.
Malaysia harap dapat umum gelembung lalu lintas udara dengan Singapura tidak lama lagi
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berharap Malaysia dapat mengumumkan gelembung lalu lintas udara dengan Singapura dan rakan hubungan bilateral lain, tidak lama lagi.
Pengambilalihan Linkedln oleh Microsoft dedah bahaya 'gelembung'
Langkah Microsoft membeli LinkedIn pada nilai AS$26.2 bilion mencetuskan cakap-cakap tidak rasional.