awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia hasrat bekerjasama dengan negara Caribbean - Menteri Pengangkutan

Bernama
Bernama
09/12/2021
20:00 MYT
Malaysia hasrat bekerjasama dengan negara Caribbean - Menteri Pengangkutan
Wee berkata perkara tersebut telah dibangkitkan pada mesyuarat dua hala dengan Sekretariat Suruhanjaya Pengangkutan Maritim Amerika Tengah (COCATRAM) yang diketuai oleh Ketua Pengarah Direktorat Pelaut Kapten Juan E. Maltez P. -Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia berhasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan negara-negara Caribbean di bawah Program Kerjasama Teknikal Bersepadu Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) bagi menangani beberapa isu.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong dalam hantaran di Facebook berkata perkara tersebut telah dibangkitkan pada mesyuarat dua hala pada Khamis dengan Sekretariat Suruhanjaya Pengangkutan Maritim Amerika Tengah (COCATRAM) yang diketuai oleh Ketua Pengarah Direktorat Pelaut Kapten Juan E. Maltez P.
Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Duta Panama ke United Kingdom Natalia Royo dan Duta Misi Tetap ke IMO Luis Bernal Gonzalez.
"Kami mahu bekerjasama untuk mengurangkan pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG) daripada kapal dan mengawal Kapal-kapal Permukaan Berautonomi Maritim di pelabuhan.
"Sekretariat telah memberi jaminan kepada kami bahawa mereka akan membawa isu ini untuk dibincangkan.
"Panama juga mengiktiraf usaha Malaysia untuk melindungi pelaut, tempatan dan asing, dan berikrar untuk meneruskan pertukaran ilmu dalam bidang maritim berkaitan," katanya.
Terdahulu, Wee berkata beliau telah mengadakan pertemuan dua hala dengan Sekretariat COCATRAM, di luar Perhimpunan IMO ke-32 semalam dan memperoleh pelbagai ilmu mengenai isu maritim daripada kumpulan yang terdiri daripada Guatemala, El Salvador, Honduras, Nicaragua, Costa Rica dan Panama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Carribbean
#Wee Ka Siong
#COCATRAM
#Pertubuhan Maritim Antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan