awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kecam tindakan sasar bangunan konsulat Iran di Damsyik, Syria

Bernama
Bernama
02/04/2024
11:56 MYT
Malaysia kecam tindakan sasar bangunan konsulat Iran di Damsyik, Syria
Malaysia mengecam tindakan menyasarkan bangunan konsulat Iran di Damsyik, Syria, yang telah mengakibatkan beberapa kematian dan kecederaan. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam tindakan menyasarkan bangunan konsulat Iran di Damsyik, Syria, yang telah mengakibatkan beberapa kematian dan kecederaan.
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Selasa berkata Malaysia menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga yang terlibat dalam tragedi itu. Malaysia turut mendoakan kesembuhan segera kepada mereka yang tercedera.
"Tindakan sengaja menyasarkan premis diplomatik ini adalah jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan amalan diplomatik.
"Malaysia menyeru semua pihak yang terlibat untuk mematuhi undang-undang antarabangsa dan menghormati premis diplomatik sebagai kawasan mutlak bagi sesebuah negara. Insiden ini telah memberikan petanda bahawa perlunya dialog bagi meredakan konflik di rantau ini," menurut kenyataan itu.
Kementerian itu berkata Malaysia menekankan kepentingan penyiasatan menyeluruh dilakukan terhadap serangan itu dan menggesa semua pihak mengelakkan sebarang provokasi yang boleh meningkatkan ketegangan.
Pesawat perang Israel melakukan serangan udara yang menyasarkan sebuah bangunan tambahan konsulat bersebelahan bangunan kedutaan utama, mengakibatkan kematian tujuh penasihat tentera pada Isnin, menurut laporan agensi berita Iran IRNA, memetik Kor Pengawal Revolusi Islam.
Duta Iran ke Syria, Hossein Akbari, yang berada di pejabatnya di kedutaan itu semasa serangan, mengesahkan bahawa pesawat perang F-35 Israel dari Dataran Tinggi Golan yang didudukinya, melancarkan enam peluru berpandu di bangunan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#bangunan konsulat Iran
#Damsyik
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan