awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
Itali tangkap ketua mafia yang lama diburu di pangsapuri rahsia di Naples
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kekal tiga negara teratas sasaran pancingan data Asia Tenggara - Kaspersky

Bernama
Bernama
18/07/2023
11:03 MYT
Malaysia kekal tiga negara teratas sasaran pancingan data Asia Tenggara - Kaspersky
Pengarah Urusan Kaspersky Asia Pasifik Adrian Hia berkata trend pancingan data global telah mencatat peningkatan dan mengalami penambahan yang ketara pada tahun lepas. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Malaysia muncul antara tiga negara teratas sasaran pancingan data di Asia Tenggara dengan sejumlah 8.27 juta e-mel hasad atau berniat jahat disekat oleh Sistem Anti Pancingan Data Kaspersky pada 2022, menurut Kaspersky.
Syarikat keselamatan siber global itu menggagalkan sebanyak 43.44 juta serangan pancingan data di rantau ini yang menyaksikan Vietnam menerima serangan terbanyak berjumlah 17.85 juta, diikuti Malaysia di kedudukan kedua dan Thailand sebanyak 6.28 juta.
Dalam kenyataan hari ini, katanya Sistem Anti Pancingan Data Kaspersky menyekat sebanyak 507.85 juta cubaan untuk mengikuti pautan pancingan data di peringkat global.
Pengarah Urusan Kaspersky Asia Pasifik Adrian Hia berkata trend pancingan data global telah mencatat peningkatan dan mengalami penambahan yang ketara pada tahun lepas.
"Taktik ini kekal sebagai teknik jangkitan kepada penjenayah siber kerana 'berkesan dan mudah dilaksanakan.'
"Berikutan pelaku berniat buruk ini terus kreatif untuk mempengaruhi minda manusia menerusi perkara yang kita ambil perhatian, kita perlu terus meningkatkan kesedaran dan akta untuk melindungi peranti kita daripada ancaman siber," katanya.
Menurut Kaspersky pada 2022, halaman yang menyamar sebagai perkhidmatan penghantaran meraih peratusan klik tertinggi terhadap pancingan data yang disekat oleh penyelesaian syarikat itu iaitu 27.38 peratus, kedai dalam talian (15.56 peratus), sistem pembayaran (10.39 peratus) dan bank (10.39 peratus).
"Baru-baru ini, kita melihat berlaku peningkatan serangan pancingan data bersasar apabila penipu (scammer) tidak segera beralih kepada serangan pancingan data itu sendiri, sebaliknya, hanya selepas beberapa e-mel pengenalan dengan surat-menyurat aktif kepada mangsa.
"Pakar kami meramalkan trend ini akan berterusan. Helah baharu ini dijangka melanda sektor korporat pada 2023 dengan serangan yang menjana keuntungan ketara kepada penyerang," kata Hia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pancingan data
#serangan siber
#Malaysia
#Kaspersky
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan