awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kemuka cadangan baharu projek HSR KL-Singapura selepas ada keputusan - Anwar

Bernama
Bernama
04/08/2023
07:40 MYT
Malaysia kemuka cadangan baharu projek HSR KL-Singapura selepas ada keputusan - Anwar
Anwar berkata cadangan baharu itu akan dibawa oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke untuk perhatian Singapura.
KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengemukakan cadangan baharu berhubung projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura kepada republik berkenaan selepas memperoleh keputusan awal di peringkat kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata cadangan baharu itu akan dibawa oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke untuk perhatian Singapura.
"Itu belum... baru peringkat kita, sebaik ada keputusan awal baharulah akan diangkat oleh menteri, Anthony Loke kepada perhatian Singapura," kata beliau kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia di sini hari ini.
Sebelum ini media melaporkan, kerajaan Singapura belum menerima sebarang cadangan baharu daripada Malaysia berhubung projek HSR Kuala Lumpur-Singapura.
Menurut Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura Chee Hong Tat, negara itu sedia berbincang dengan Malaysia mengenai pelaksanaan semula projek berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Anthony Loke
#HSR
#KL-Singapura
#cadangan baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan