MELAKA: Malaysia akan mengetuai pembangunan ujian klinikal beberapa ubat-ubatan sedia ada yang digunakan bagi penyakit lain untuk merawat demam denggi di negara ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata ujian berkenaan akan dijalankan di negara ini menerusi Clinical Research Malaysia (CRM) yang dijangka mengambil masa enam bulan hingga setahun sebelum ubat tersebut didaftarkan sebagai penawar denggi sekiranya ia berkesan merawat wabak itu.
"Usaha ini melibatkan kerjasama antara Malaysia dan badan bukan kerajaan (NGO) Drugs for Neglected Diseases initiative (DNDi) serta dengan beberapa negara lain seperti Brazil dan India untuk melihat keberkesanan ubat-ubatan sedia ada untuk merawat denggi.
"Kita telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di bawah CRM untuk melaksanakan ujian klinikal itu dan ia dijangka bermula dalam beberapa bulan lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Negeri Melaka, Sambutan Hari Denggi Asean dan Gotong-Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan yang disempurnakan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Khairy berkata pencarian penawar denggi menerusi ubat-ubatan sedia ada merupakan satu daripada inisiatif kerajaan untuk melawan denggi dan penggunaan ubat berkenaan akan diberikan kepada pesakit demam denggi agar mereka dapat sembuh daripada wabak itu tanpa berdepan komplikasi yang menyakitkan atau serius.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 05 2022
Khairy berkata ujian berkenaan akan dijalankan di negara ini menerusi CRM yang dijangka mengambil masa enam bulan hingga setahun. - Gambar/ Bernama
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Demam denggi ragut 316 nyawa di Indonesia pada Februari
Sekurang-kurangnya 316 orang maut akibat demam denggi berdarah di Indonesia setakat Februari tahun ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dante Saksono Herbuwono.
Jumlah kes demam denggi menurun, tiga kematian dilaporkan - KKM
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 3,268 kes pada Minggu Epidemiologi ke-9 (ME9) iaitu dari 25 Feb hingga 2 Mac lepas berbanding 3,572 kes pada minggu sebelum itu.
Malaysia, tiga lagi negara laksana kajian guna semula Nelfinavir untuk rawat demam denggi - Dzulkefly
Malaysia bersama Brazil, India dan Thailand sedang melaksanakan kajian bagi penggunaan semula ubat Nelfinavir untuk rawatan penyakit demam denggi.
Kes denggi meningkat pada minggu kelima 2024, tiada kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi kumulatif yang dilaporkan hingga ME05 ialah sebanyak 18,427 kes berbanding 11,127 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Kes denggi meningkat pada ME02, dua kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 3,525 kes pada Minggu Epidemiologi ke-02 (ME02) 2024 iaitu bagi tempoh 7 Jan 2024 hingga 13 Jan 2024 berbanding 3, 181 kes pada minggu sebelumnya.
10 lokaliti tambahan bagi pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia tangani isu denggi
Usaha yang dicadangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi memerlukan kos RM4 juta setahun untuk pelaksanaannya.
Banjir: Kes demam denggi catat peningkatan di Kelantan
Pasca banjir di Kelantan menyaksikan terdapat kes deman, penyakit kulit yang disebabkan air yang tercemar dan demam denggi.
Kes denggi turun 6.8 peratus, empat kematian pada ME52
Jumlah kes demam denggi menurun 6.8 peratus kepada 2,715 kes pada Minggu Epidemiologi ke-52 (ME52) iaitu bagi tempoh 24 hingga 30 Dis lepas, berbanding 2,913 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Kes denggi meningkat 11.2 peratus, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi meningkat 11.2 peratus kepada 2,988 kes pada Minggu Epidemiologi ke-48 (ME48) iaitu bagi tempoh 26 Nov hingga 2 Dis lepas.