awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia komited jalin kerjasama dengan Negara Ahli Komanwel

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
11/03/2024
03:35 MYT
Malaysia komited jalin kerjasama dengan Negara Ahli Komanwel
Hari Komanwel disambut bagi meraikan jalinan dan ikatan persahabatan serta sumbangan Komanwel ke arah keamanan dan keharmonian sejagat. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Malaysia komited untuk terus bekerjasama dengan Negara-Negara Ahli Komanwel lain dalam bidang-bidang keutamaan.
Ini termasuk tadbir urus yang baik, diplomasi kesihatan, pencegahan ekstremisme dan keganasan, pembangunan lestari, pemerkasaan wanita dan belia, perdagangan dan isu-isu alam sekitar.
Sempena Hari Komanwel yang disambut setiap Isnin kedua bulan Mac, Wisma Putra berkata, tema sambutan tahun ini ialah 'Satu Masa Depan Bersama yang Berdaya Tahan: Transformasi Kekayaan Kita Bersama.'
"Tema ini menyeru Negara-Negara Ahli untuk mempertingkatkan kerjasama bagi membina daya ketahanan, membuka potensi dan mengukuhkan hubungan digital bagi memastikan Komanwel kekal relevan untuk masa hadapan.
"Hari Komanwel disambut bagi meraikan jalinan dan ikatan persahabatan serta sumbangan Komanwel ke arah keamanan dan keharmonian sejagat.
"Malaysia mengalu-alukan penganjuran Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) Ke-27 di Apia, Samoa pada Oktober tahun ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Malaysia menyertai Komanwel selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Pertubuhan Komanwel terdiri daripada 56 Negara Ahli yang dahulunya merupakan sebahagian daripada Empayar British.
Topic Berkaitan
#Hari Komanwel
#Malaysia
#Wisma Putra
#CHOGM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan