KUALA LUMPUR: Malaysia menolak sekeras-kerasnya segala bentuk keganasan dan mengutuk tindakan membunuh insan tidak berdosa serta menjadikan wanita dan kanak-kanak sebagai tebusan di Palestin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bercakap dalam bahasa Inggeris untuk khalayak antarabangsa pada persidangan Dewan Rakyat dengan kebenaran Yang Dipertua dewan hari ini, Anwar berkata Malaysia juga mengutuk tindakan pengeboman terhadap orang awam, kediaman dan hospital serta pembunuhan beramai-ramai insan yang tidak berdosa, kanak-kanak, wanita dan lelaki yang dilakukan siang dan malam oleh tentera Israel.
"Biar semua jelas, negara Zionis Israel adalah kuasa penjajah dan oleh itu ia tertakluk di bawah undang-undang antarabangsa... perbuatan jenayah ini jelas melanggar norma undang-undang antarabangsa. Tindakan Israel, pemotongan bekalan makanan, air, bantuan kemanusiaan dan elektrik adalah melanggar undang-undang antarabangsa," kata beliau.
Anwar berkata situasi di Palestin adalah suatu peringatan bahawa perjuangan untuk keadilan tidak mengenal sempadan dan Malaysia mesti bersatu dalam solidariti dengan semua rakyat yang tertindas.
Perdana Menteri berkata kredibiliti sistem antarabangsa itu sendiri dipertaruhkan dan Malaysia mesti menyuarakan pendapatnya dan menggalakkan orang lain berbuat demikian bagi memelihara sistem itu yang bertujuan untuk menegakkan keamanan dunia.
"Adalah suatu yang bodoh untuk berfikir bahawa Malaysia tidak terjejas dengan apa yang berlaku di dunia. Kita adalah negara perdagangan yang terlibat secara aktif dalam aktiviti komersial dan ekonomi serantau dan antarabangsa, secara proaktif menarik FDI (pelaburan langsung asing) untuk memacu kemajuan ekonomi kita. Jadi, Malaysia terikat dengan apa yang berlaku di mana-mana di dunia.
"Kita telah memulakan tugas yang sukar, yang telah lama diabaikan, jadi biar saya jelaskan, kita akan kekal sebagai negara yang sangat bebas dan terus menyatakan hak dan pendirian kita dalam isu keadilan dan kebebasan tanpa rasa takut atau pilih kasih," kata beliau.
Anwar berkata perang itu bukan sahaja memberi kesan kepada umat Islam tetapi juga Kristian di Palestin, tetapi media Barat jarang menampilkan wajah masyarakat dan cenderung untuk menyampaikan imej mereka sebagai penonton di negara itu.
Beliau berkata ini salah kerana orang Kristian Palestin telah menjadi mangsa sama seperti saudara Islam mereka, dan mereka juga telah dihalau keluar dari bandar bersejarah mereka dalam jumlah yang besar.
Anwar berkata punca asas adalah pendudukan haram Israel serta dasar apartheid dan dalam sejarah keji ini dan kisah kekejaman, penindasan dan pembunuhan beramai-ramai yang berterusan, komuniti Islam dan Kristian Palestin sama-sama menjadi mangsa.
"Bagi mereka yang terus berfikir atau mencadangkan bahawa kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin hanya memberi kesan kepada umat Islam, hendaklah diingatkan bahawa komuniti Kristian paling lama di dunia menetap di Palestin, berjumlah 47,000, berdasarkan bancian yang dijalankan pada 2017.
"Perkara yang saya ingin nyatakan di sini ialah terdapat hubungan sosiobudaya dan rohani yang kuat antara masyarakat Islam dan Kristian yang memberikan identiti kolektif rakyat Palestin yang unik.
"Bagaimanapun, kerajaan Zionis Israel bersungguh-sungguh menegakkan konsep yang memberi tanggapan negara Yahudi terkepung oleh populasi penduduk Islam yang mengancam kewujudan mereka," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2023
Menurut Anwar, perang itu bukan sahaja memberi kesan kepada umat Islam tetapi juga Kristian di Palestin, tetapi media Barat jarang menampilkan wajah masyarakat dan cenderung untuk menyampaikan imej mereka sebagai penonton di negara itu. - Gambar fail
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Pembangunan perumahan mesti penuhi aspek manusiawi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek perumahan khususnya rumah mampu milik, mesti memenuhi aspek manusia dan keperluan asas rakyat.