awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelancaran PlayStation 6 dijangka ditangguh selepas 2027 akibat kekurangan RAM
Meta dilapor beli Manus pada nilai lebih AS$2 bilion, perkhidmatan kekal beroperasi
[KOLUMNIS] Senyap tetapi berimpak, fungsi berterusan universiti memperkasa komuniti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kutuk sekeras-kerasnya serangan peluru berpandu pemberontak Houthi

Bernama
Bernama
31/03/2020
21:26 MYT
Malaysia kutuk sekeras-kerasnya serangan peluru berpandu  pemberontak Houthi
Wisma Putra menegaskan sokongan padu Malaysia ke arah usaha mencari satu penyelesaian yang aman dan berpanjangan dalam konflik yang masih berterusan di Yaman. - Gambar fail
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan peluru berpandu puak pemberontak Houthi ke atas Arab Saudi pada 27 dan 28 Mac lepas.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Selasa menggesa militia Houthi supaya menghentikan provokasi seumpama itu dan Wisma Putra menegaskan sokongan padu Malaysia ke arah usaha mencari satu penyelesaian yang aman dan berpanjangan dalam konflik yang masih berterusan di Yaman.
"Serangan ini sememangnya tidak boleh diterima dan melampau, terutamanya apabila masyarakat antarabangsa sedang menggemblengkan usaha bagi menangani pandemik COVID-19 dan kesannya ke atas nyawa ribuan manusia di seluruh dunia dan ke atas ekonomi sejagat," katanya.
Peluru berpandu yang dilancarkan pemberontak Houthi disasarkan ke arah bandar Abha, Khamis Mushait, Riyadh dan Jazan di Arab Saudi.
Bagaimanapun, peluru berpandu yang dilancarkan dapat dipintas dan tiada kematian dilaporkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Houthi
#Kementerian Luar
#koronavirus
#Malaysia
#peluru berpandu
#pemberontak
#serangan
#Wisma Putra
#Yaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan