awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kutuk serangan pemberontak Houthi ke atas Arab Saudi

Bernama
Bernama
25/06/2020
20:35 MYT
Malaysia kutuk serangan pemberontak Houthi ke atas Arab Saudi
Wisma Putra berkata tindakan pencerobohan selanjutnya hanya akan memburukkan lagi keadaan di Yaman. - Gambar hiasan/Bernama
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan peluru berpandu dan dron oleh puak pemberontak Houthi di Yaman ke atas Arab Saudi sejak beberapa minggu yang lepas.
Wisma Putra berkata provokasi berterusan oleh Houthi adalah tidak produktif ke arah keamanan dan kestabilan di Yaman kerana tindakan pencerobohan selanjutnya hanya akan memburukkan lagi keadaan di negara itu.
"Selaras dengan sokongan Malaysia terhadap rayuan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 23 Mac 2020 mengenai gencatan senjata global di tengah-tengah pandemik COVID-19, Malaysia menggesa semua pihak di Yaman agar segera menamatkan provokasi ini," menurut kementerian itu dalam kenyataan pada Khamis.
Dengan kerjasama rakan kongsi serantau, inisiatif Malaysia melancarkan pernyataan sokongan kepada rayuan Setiausaha Agung menerima sokongan lebih 170 negara anggota PBB, negara pemerhati bukan anggota dan pemerhati pada 23 Jun.
Malaysia akan terus menggesa semua pihak untuk bekerja secara konstruktif bagi penyelesaian politik untuk keamanan kekal di Yaman, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#ceroboh
#Houthi
#keamanan
#kestabilan
#koronavirus
#Malaysia
#pandemik
#PBB
#politik
#provokasi
#serangan
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan