awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kutuk tindakan Korea Utara lancar roket jarak jauh

Astro Awani
Astro Awani
07/02/2016
16:11 MYT
Malaysia kutuk tindakan Korea Utara lancar roket jarak jauh
Kementerian Luar menyifatkan tindakan Korea Utara itu sebagai pencabulan yang jelas terhadap resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). - Foto AP/Ahn Young-joon
Malaysia mengutuk pelancaran roket jarak jauh oleh Republik Demokratik Rakyat Korea pada Ahad, serta kesal negara itu masih meneruskan program misilnya.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan malam Ahad berkata, tindakan sedemikian merupakan pencabulan yang jelas terhadap resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
"Tindakan-tindakan sebegini merupakan pencabulan yang jelas terhadap resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan," kata kenyataan tersebut.
Justeru, Malaysia menggesa Republik Demokratik Rakyat Korea untuk menghentikan serta merta program sedemikian dan mematuhi sepenuhnya resolusi-resolusi Majlis Keselamatan PBB yang berkaitan.
Menurut Wisma Putra, gesaan itu dibuat demi keamanan dan keselamatan antarabangsa.
Terdahulu, Korea Utara pada awal pagi Ahad telah melancarkan sebuah roket jarak jauh yang didakwanya membawa satelit dari tapak misilnya di barat laut negara itu.
Perkembangan itu merupakan kali kedua negara berkenaan mencetuskan kontroversi antarabangsa tahun ini selepas melakukan ujian bom nuklear pada 6 Januari lalu.
Pelancaran itu disahkan oleh pegawai pertahanan Amerika Syarikat, Jepun dan tentera Korea Selatan.
Topic Berkaitan
#jarak jauh
#Korea Utara
#kutuk
#Malaysia
#PBB
#roket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan