TAWAU: Malaysia masih menunggu keputusan akhir daripada kerajaan Arab Saudi berhubung kuota untuk rakyat Malaysia mengerjakan ibadah haji di negara itu.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata sehingga kini kerajaan belum menerima jumlah kuota yang diperuntukkan Arab Saudi, iaitu kebiasaannya Malaysia dibenarkan menghantar seramai kira-kira 32,000 jemaah.
"Sekiranya sudah ada angka yang tepat, kita akan mula menyaring para jemaah yang layak untuk pergi mengerjakan haji tahun ini," katanya kepada pemberita selepas Program Inspirasi Kasih Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di sini hari ini.
Selain itu, katanya, berikutan peningkatan sebanyak 15 peratus cukai tambah nilai (VAT) yang dikenakan Arab Saudi, kos haji dijangka turut meningkat tahun ini.
"Begitu juga dengan kos hotel di Arab Saudi mungkin akan meningkat disebabkan prosedur operasi standard (SOP) yang mengurangkan jumlah jemaah dalam satu bilik, sekiranya ada peningkatan kos haji pada tahun ini, kerajaan (akan) pastikan ia tidak akan membebankan para jemaah yang layak.
"Kerajaan mungkin akan melaksanakan subsidi secara bersasar kepada jemaah haji supaya mereka tidak terbeban dengan kenaikan kos yang tidak dapat dielakkan," katanya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai individu belum menerima suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 yang dilarang masuk ke masjid, Ahmad Marzuk berkata ia adalah di bawah pihak berkuasa agama negeri.
"Walaupun ia tidak diwajibkan tetapi saya sangat galakkan seluruh rakyat Malaysia untuk mengambil dos penggalak sebagai pelindung tambahan," katanya.
Terdahulu, Ahmad Marzuk menyampaikan sumbangan kepada 76 ketua keluarga mangsa kebakaran di Kampung Titingan pada tahun lepas.
Sumbangan berupa bakul makanan itu disumbangkan oleh YaPEIM bernilai RM28,000 serta Tabung Musa'adah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (RM12,400).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 27 2022
Malaysia masih menunggu keputusan akhir daripada kerajaan Arab Saudi berhubung kuota untuk rakyat Malaysia mengerjakan ibadah haji di negara itu. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Malaysia tunggu maklum balas Arab Saudi berkenaan kuota tambahan haji 2025
Mohd Na'im berkata pihaknya telah mengemukakan rayuan bertulis kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi mengenai perkara tersebut.
Malaysia mohon tambahan kuota Haji - Mohd Na'im
Perkara itu disampaikan semasa pertemuan beliau bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah, pada Isnin.
Kuota haji: Tunggu keputusan Arab Saudi
Kerajaan optimis kuota jemaah haji negara ini akan meningkat, susulan langkah Arab Saudi yang sedang merancang untuk meningkatkan jumlah jemaah kepada lima juta orang menjelang tahun 2030.
TH sangkal dakwaan agih kuota haji kepada PJH
Kuota haji berjumlah 31,600 yang telah diberikan kerajaan Arab Saudi adalah mengikut sistem pendaftaran haji terbuka berdasarkan konsep "Mendaftar Dahulu, Didahulukan".
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 Januari 2024.
Kuota haji Malaysia 2024 sebanyak 31,600 orang jemaah
Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini sebanyak 31,600 orang jemaah.
Malaysia hasrat tambah kuota haji tahun hadapan - Menteri Agama
Malaysia telah menyampaikan hasrat kepada Arab Saudi untuk mendapatkan tambahan kuota haji kepada 31,950 pada tahun hadapan selaras dengan pertambahan jumlah penduduk negara.
Tiada had usia, kuota haji kembali normal - Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Jumlah jemaah haji luar negara diumum kembali seperti sebelum pandemik COVID-19 dan tanpa sebarang had usia.
Tiada kuota haji VIP seperti didakwa - Ahmad Marzuk
Tiada pengkhususan kouta bagi jemaah orang kenamaan (VIP), kerana ia hanya berdasarkan sistem pendaftaran dan senarai kuota.