awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Mesir, Afrika Selatan mahu penindasan Israel di Gaza dihentikan segera

Bernama
Bernama
07/07/2025
02:00 MYT
Malaysia, Mesir, Afrika Selatan mahu penindasan Israel di Gaza dihentikan segera
Perdana Menteri Anwar mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Mesir, Mostafa Madbouly, di Rio De Janeiro, Brazil, pada Ahad. - Gambar Pejabat Perdana Menteri
RIO DE JANEIRO: Malaysia bersepakat dengan Mesir dan Afrika Selatan supaya sebarang bentuk serangan dan penindasan oleh rejim Israel di Gaza mesti dihentikan segera.
Perkara itu dibincangkan sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan berasingan dengan rakan sejawatannya dari Mesir, Mostafa Madbouly dan Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphos.
Anwar yang berada di sini untuk Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS berkata, Malaysia dan Mesir bersetuju bahawa komuniti antarabangsa tidak boleh terus berdiam diri terhadap pencabulan hak asasi yang berterusan.
Ketika bertemu Ramaphos, Anwar berkata, beliau melahirkan penghargaan atas sokongan tegas Afrika Selatan terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Hal ini termasuk usaha gigih negara berkenaan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), kata beliau.
Afrika Selatan ialah negara pertama yang membawa Israel ke ICJ berhubung perang genosid di Gaza, yang telah meragut lebih 56,000 nyawa serta menghancurkan wilayah itu.
Anwar berkata, pemimpin Mesir dan Afrika Selatan juga bersepakat untuk melonjakkan lagi hubungan antara kedua-dua negara menerusi kerjasama pelbagai bidang.
Malaysia dan Afrika turut bersetuju menilai semula kerjasama meliputi pelbagai bidang selain merangka langkah memperluas pelaburan strategik dalam sektor pertanian, automotif, pelancongan dan halal.
Beliau berkata, Malaysia komited mempererat hubungan dengan Afrika Selatan sebagai rakan dagang utama di benua Afrika, selari dengan semangat solidariti Selatan-Selatan dan kerjasama MADANI merentas benua.
Perdana Menteri berkata, beliau turut mengundang Ramaphos untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Oktober ini, selain mengucapkan terima kasih atas undangan kepada Malaysia untuk menghadiri Sidang G20 di Afrika Selatan pada November.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#israel serang gaza
#penindasan di Gaza
#genosid di Gaza
#PM Anwar Ibrahim
#BRICS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami