KUALA LUMPUR: Malaysia mempunyai potensi amat besar untuk bangkit kembali sebagai sebuah ekonomi dinamik kerana negara mempunyai sumber yang diperlukan, tenaga kerja berkelayakan selain asas ekonominya yang kukuh, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata Kerajaan Perpaduan juga telah merangka satu siri dasar, iaitu Ekonomi MADANI, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) untuk menyokong matlamat ini.
NETR yang terdiri daripada projek pemangkin bernilai RM25 bilion merupakan rancangan unik untuk menjadikan Malaysia sebagai hab bagi tenaga boleh baharu dan teknologi hijau, katanya pada majlis makan malam bersama diaspora dan pelajar Malaysia di New York, Amerika Syarikat.
Anwar berkata, NIMP 2030 bukanlah olahan semula daripada rancangan lama tetapi merupakan peralihan daripadanya dengan memfokuskan kepada misi tertentu dan teras baharu.
"Minggu lalu, kami telah meluluskan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) yang mana bukan sekadar semakan biasa rancangan yang lama.
"Ia adalah anjakan penekanan, anjakan dasar, anjakan hala tuju dengan mengambil kira dasar tadbir urus baik kerajaan baharu, akauntabiliti demokratik dan mahu menggerakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya dari segi ekonomi, sosial, pendidikan," kata Perdana Menteri.
Rakyat Malaysia boleh main peranan penting promosi perdagangan dan pelaburan
Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata sebagai sebuah negara perdagangan, kejayaan Malaysia sangat bergantung kepada keupayaannya dalam mempromosikan pelaburan dan memastikan kesinambungan perdagangan.
"Di sinilah anda memainkan peranan. Kita mahu setiap rakyat Malaysia di Amerika Syarikat menganggap diri mereka sebagai duta Malaysia, mewakili semangat Malaysia baharu dan komited kepada cita-cita kita.
"Anda harus menggalakkan rakan sekerja anda, rakyat Malaysia dan warga Amerika, untuk memahami dan mengenali Malaysia.
"Ini akan menjadi misi anda, dan saya berada di sini malam ini untuk merayu kepada anda, duta muhibah, untuk memberi tumpuan kepada mempromosikan perdagangan dan pelaburan," katanya kepada kira-kira 1,000 diaspora dan pelajar Malaysia yang hadir pada majlis makan malam tersebut.
Perdana Menteri berkata walaupun mungkin ada sebahagian daripada diaspora sudah lebih 40 tahun menetap di Amerika Syarikat, namun beliau yakin mereka masih mahu melihat Malaysia berjaya.
"Impian kita, impian saya dan impian anda adalah untuk memastikan Malaysia bangkit semula. Dan ingin saya zahirkan dari lubuk hati saya bahawa saya menaruh kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap rakyat Malaysia.
"Walaupun ada antara anda berkata, saya telah berada di sini sejak 40 tahun lalu, ada yang mengatakan 20 tahun, tetapi anda adalah rakyat Malaysia yang sejati, yang cintakan negara dan mahu negara ini berjaya," katanya.
Anwar menghadiri majlis makan malam tersebut dengan ditemani isteri beliau Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Turut hadir ialah Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa; Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ahmad Faisal Muhamad dan beberapa Ahli Parlimen serta pegawai kerajaan.
Anwar, yang tiba di New York pada Rabu, terdahulu hari ini menyampaikan Kenyataan Malaysia pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-78.
Terdapat kira-kira 25,000 rakyat Malaysia yang menetap di AS.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 23 2023

Anwar menyampaikan Kenyataan Negara pada Debat Umum Sesi ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), di Ibu Pejabat UN hari ini. --fotoBERNAMA

Prestasi cemerlang Petronas dicapai melalui pengurusan, tatakelola yang cekap - PM
Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga terhadap Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kerana mampu mempertahan integriti yang sangat tinggi sejak dahulu hingga kini.

Penjara Israel umpama neraka - Bekas tahanan
"Selamat datang ke neraka" itulah kata-kata yang dilontarkan seorang pegawal penjara rejim Israel kepada penduduk Palestin Fouad Hassan ketika dia di bawa ke penjara Megiddo, di Israel.

'Minta maaf, saya bipolar...' - Yasin
Muhammad Yasin Sulaiman meluahkan kesyukuran selepas 20 bulan berulang ke mahkamah akhirnya keputusan memihak kepadanya.

Wartawan perlu bersifat intelektual, bukan sebagai pelapor semata-mata
Profesion kewartawanan perlu bersifat intelektual dan bukan hanya sebagai pelapor semata-mata, agar tidak dilihat dangkal dan dipandang rendah oleh masyarakat umum.
AWANI Tonight: Monaco, M'sia hopes to enhance cooperation in conservation and sustainability
During his first official state visit in Malaysia, H.S.H. Prince Albert II of Monaco expresses hopes to strengthen ties and enhance collaboration, especially in areas of conservation and sustainability.

Penganggur didakwa lakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak di PPS
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapanya itu dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.
AWANI 7:45 [29/11/2023] – Tingkat kepakaran digital | Ada perbicaraan projek jana wibawa
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
PM arah syarikat telekomunikasi bantu pendidikan TVET dan PEDi.
Mahkamah tolak permohonan Muhyiddin, dapatkan pasport antarabangsa.
Selepas lepas dan bebas, Yasin mahu balik kampung.
Wahab sahkan kepada polis siapa Mr H.
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
PM arah syarikat telekomunikasi bantu pendidikan TVET dan PEDi.
Mahkamah tolak permohonan Muhyiddin, dapatkan pasport antarabangsa.
Selepas lepas dan bebas, Yasin mahu balik kampung.
Wahab sahkan kepada polis siapa Mr H.
#AWANInews
AWANI Ringkas: Gesaan Malaysia | eMADANI | Peruntukan Pembangkang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Putera Albert II berlepas ke Singapura, akhiri lawatan ke Malaysia
Putera Monaco Putera Albert II berlepas ke Singapura hari ini selepas mengakhiri lawatan negara pertama selama empat hari ke Malaysia.

PEDi bantu tingkatkan sosioekonomi komuniti tempatan - Fahmi
Ia kini berfungsi sebagai pemangkin ekonomi digital bagi membantu meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti tempatan.

PM Anwar mahu syarikat telco komited bantu TVET, PEDi
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara perkara perlu diberi tumpuan adalah meningkatkan lagi kepakaran dalam bidang digital, yang menurut beliau masih kurang di Malaysia.

Permohonan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik dibuka Disember - Anwar
Permohonan program Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik akan dibuka kepada rakyat pada Disember ini.

Elaun pengurus, penolong pengurus PEDi dinaikkan RM500
Elaun bagi pengurus dan penolong pengurus Pusat Ekonomi Digital Negara (PEDi) dinaikkan RM500.

Penurunan duti hiburan bukan untuk galak maksiat - Anwar
Anwar menambah kerajaan turut memperuntukkan RM160 juta untuk melaksanakan pelbagai inisiatif untuk manfaat penggiat seni dalam Belanjawan 2024.

Tidak adil banding peruntukan Sabah, Sarawak dengan Semenanjung - Anwar
Anwar berkata kadar Pemberian Khas kepada Sarawak dan Sabah turut ditingkat di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Pendaftaran, tuntutan kredit eMADANI RM100 bermula Isnin ini - PM Anwar
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata ia akan memanfaatkan 10 juta rakyat dewasa yang layak melibatkan peruntukan RM1 bilion.

Malaysia raih komitmen pelaburan RM347 bilion sepanjang misi perdagangan - PM Anwar
Beliau berkata pelaburan tersebut diraih di China, Singapura, Jepun, Korea Selatan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Amerika Syarikat.

Pengecualian visa: Aspek keselamatan negara tidak diabaikan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa aspek keselamatan negara tidak akan diabaikan susulan pengumuman kerajaan mengenai pengecualian visa kepada beberapa negara.

Islam dan Konfusianisme: Malaysia mesti jadi contoh pembentukan era etika global - PM Anwar
Islam dan konfusianisme masing-masing menekankan usaha mencari kedamaian dalaman dan luaran.

GPS, Abang Johari main peranan penting pastikan kestabilan Kerajaan Perpaduan - Anwar
Anwar berkata sokongan itu membolehkan beliau mengemudi Malaysia ke arah memperkasa ekonomi dan melakar kemajuan masa depan negara.