awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia nyata minat jadi tuan rumah Seatrade Cruise Asia 2026 - MOT

Bernama
Bernama
17/04/2024
04:10 MYT
Malaysia nyata minat jadi tuan rumah Seatrade Cruise Asia  2026 - MOT
Loke turut mempelawa pengendali kapal pelayaran yang menghadiri Seatrade Cruise Asia itu nanti untuk memanfaatkan infrastruktur pelabuhan pelayaran di Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Malaysia menyatakan minat untuk menjadi tuan rumah Seatrade Cruise Asia 2026 bagi menzahirkan keazaman dalam mempromosikan industri pelayaran sebagai pemangkin ekonomi yang berpotensi untuk negara, menurut Kementerian Pengangkutan (MOT).
Menteri Pengangkutan Anthony Loke yang merupakan Menteri Pengangkutan Malaysia pertama menghadiri persidangan tahunan Seatrade Cruise Asia 2024 di Miami, Florida, memaklumkan hasrat berkenaan selepas menghadiri persidangan empat hari itu bermula 8 April lepas.
"Menteri Pengangkutan (Loke) telah menyampaikan kesungguhan Malaysia untuk menjadi destinasi pelayaran utama melalui delegasi ke Seatrade Cruise Global 2024," menurut MOT dalam satu kenyataan hari ini.
Seatrade Cruise Asia merupakan persidangan tahunan yang mengumpulkan pakar industri daripada 80 syarikat pelayaran dari 120 negara.
Menurut MOT, Loke turut mempelawa pengendali kapal pelayaran yang menghadiri persidangan itu untuk memanfaatkan infrastruktur pelabuhan pelayaran di Malaysia antaranya Langkawi Cruise Terminal, Swettenham Pier Cruise Terminal di Pulau Pinang, Port Klang Cruise Terminal, Melaka International Cruise Terminal serta beberapa pelabuhan di Sabah dan Sarawak di sepanjang pesisiran Laut China Selatan.
Kementerian itu memaklumkan industri pelayaran dapat membantu pembangunan rantaian bekalan hijau di Malaysia, termasuk shore power dan green bunkering atau penyediaan bahan api lestari selaras dengan sasaran pelepasan sifar bersih di bawah Strategi Pertubuhan Maritim Antarabangsa mengenai Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau dari Kapal.
MOT turut memaklumkan kementerian itu bekerjasama rapat dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi homeport yang terpilih di rantau Asia-Pasifik.
Menurut MOT, kerjasama itu diwujudkan mengambil contoh permintaan untuk pelancongan pelayaran yang tumbuh dengan pesat di China dan sedang berkembang di India.
"Kepelbagaian budaya Malaysia dan rantau ASEAN sememangnya boleh menawarkan pengalaman bercuti yang menarik kepada pelancong China dan India," menurut MOT.
Kementerian itu optimis bahawa kepesatan pelancongan pelayaran dapat memberi kesan kepada limpahan ekonomi bagi peruncitan, makanan, minuman serta perhotelan di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Seatrade Cruise Asia 2026
#malaysia tuan rumah
#Anthony Loke
#pelayaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan