awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menteri Korea Selatan kata 'kekeliruan tidak sepatutnya berlaku' dengan AS kini selesai
Hutan Percha berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan rekreasi
LKIM perkukuh pembangunan akuakultur, jamin bekalan ikan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia pamer Citrawarna di Paris sempena pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026

Bernama
Bernama
04/12/2025
02:30 MYT
Malaysia pamer Citrawarna di Paris sempena pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026
Kedutaan Malaysia di Paris pada Selasa menganjurkan malam "Citrawarna Malaysia: A Symphony of Cultures" (Citrawarna Malaisie: Une Symphonie de Cultures) bersempena pelancaran kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
KUALA LUMPUR: Kedutaan Malaysia di Paris pada Selasa menganjurkan malam "Citrawarna Malaysia: A Symphony of Cultures" (Citrawarna Malaisie: Une Symphonie de Cultures) bersempena pelancaran kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
Dalam satu kenyataan, kedutaan memaklumkan, majlis pelancaran disempurnakan oleh Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim dan berjaya menarik kunjungan lebih 260 tetamu termasuk pemain industri pelancongan Perancis, pertubuhan seni dan budaya, media tempatan, kor diplomatik serta masyarakat di Perancis.
"Citrawarna Malaysia diraikan dengan penuh meriah menerusi pelbagai persembahan yang menonjolkan kekayaan warisan budaya Malaysia.
"Antara persembahan yang disajikan ialah demonstrasi silat Gayung Fatani oleh Silat Culture, tarian tradisional seperti zapin, joget dan gabungan tarian tradisional oleh On Stage Productions, serta pertunjukan fesyen oleh pereka Malaysia Lynda Chew," menurut kenyataan itu.
Menurut kedutaan, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan sape oleh Eugene Kuek dan kehadiran pelukis karikatur Olhairy Othman, selain pameran fotografi bertajuk "Short Stories vol.1 - Penang: in between light" oleh Kenneth Foo yang menyerikan lagi suasana malam itu.
"Sebagai acara istimewa, duta sendiri turut membuat persembahan silat dan menyertai pertunjukan fesyen, sekali gus menunjukkan sokongan beliau terhadap seni Malaysia dan mengetengahkan bakat Malaysia di bumi Perancis," menurut kenyataan itu.
Bagi memperkenalkan citarasa Malaysia, para tetamu turut dihidangkan pelbagai juadah tradisional termasuk popia, karipap, pulut kuning, seri muka, bingka ubi kayu dan talam suji, serta minuman ikonik negara, teh tarik.
Kedutaan juga berkata, antara penaja utama, Malaysia Airlines membawa sentuhan Malaysia ke Paris melalui tajaan tiket penerbangan bagi kumpulan persembahan budaya yang dibawa khas dari Malaysia, selain menyumbang hadiah cabutan bertuah pada malam itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tahun Melawat Malaysia 2026
#Citrawarna Malaysia
#Citrawarna Malaisie
#warisan budaya Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan