awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
SAR lelaki hilang ketika memancing dihentikan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia penyumbang utama agenda WTO dalam aspek pertumbuhan, pembangunan ekonomi

Bernama
Bernama
30/09/2022
21:15 MYT
Malaysia penyumbang utama agenda WTO dalam aspek pertumbuhan, pembangunan ekonomi
Nanta berkata Iweala turut menzahirkan ucapan tahniah terhadap prestasi ekonomi Malaysia yang secara relatifnya utuh dan teguh. - Foto fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Malaysia yang aktif pembabitannya di peringkat Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) diyakini berupaya menjadi penyumbang utama ke arah agenda WTO dalam aspek pertumbuhan dan pembangunan ekonomi.
Perkara itu diutarakan Ketua Pengarah WTO Dr Ngozi Okonko-Iweala ketika menerima kunjungan hormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di Geneva, Switzerland pada Jumaat.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena kunjungan hormat itu, Nanta berkata Iweala turut menzahirkan ucapan tahniah terhadap prestasi ekonomi Malaysia yang secara relatifnya utuh dan teguh.
"Kunjungan hormat ini sangat bermanfaat dan berguna, dengan menyentuh pelbagai isu berkaitan sumbangan WTO terhadap pertumbuhan ekonomi serta pembangunan Malaysia," katanya.
Berikutan isu kelaparan di peringkat global yang semakin meruncing susulan pandemik dan krisis keselamatan makanan yang masih membelenggu dunia, Malaysia mengalu-alukan inisiatif WTO dalam memastikan bekalan keperluan asas yang mencukupi serta dijual pada harga berpatutan.
"Ia diyakini berupaya membantu negara seperti Malaysia dalam mengurangkan beban kewangan menerusi penyaluran peruntukan subsidi terhadap barangan makanan kepada masyarakat.
"Harga barangan akan merekodkan penyusutan, dengan aliran perdagangan yang baik dan disokong rangkaian bantuan mudah cara, sekali gus menjana manfaat kepada pengguna," kata Nanta.
Beliau menyifatkan inisiatif yang direncanakan WTO yang bertepatan untuk Malaysia ialah inisiatif mengenai perdagangan elektronik.
"Hal ini kerana pandemik mencetuskan perubahan transaksi oleh pengguna. Justeru, inisiatif berkaitan perdagangan elektronik ini bakal membantu Malaysia untuk mengawal selia sektor ini sewajarnya, selain tidak merencatkan pertumbuhan industri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pertubuhan Perdagangan Dunia
#WTO
#Alexander Nanta Linggi
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan