awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Filipina perketat peraturan penggunaan bukti media sosial
Proses pengundian pilihan raya umum di Republik Afrika Tengah bermula
Kira-kira 830 migran, pelarian tiba di Pulau Crete, ramai larikan diri dari Libya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Perancis setuju kerjasama bentuk baharu

Bernama
Bernama
24/02/2021
21:30 MYT
Malaysia, Perancis setuju kerjasama bentuk baharu
Hishammuddin berkata, beliau mengalu-alukan penyertaan Perancis sebagai Rakan Pembangunan ASEAN. - Foto Twitter Hishammuddin Hussein
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Perancis bersetuju membina kerjasama dalam bentuk baharu termasuk mengekalkan rantaian bekalan global, menjamin akses vaksin dan pemulihan sosio-ekonomi, ketika kedua-dua negara bergelut dengan wabak COVID-19.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata perkara berkenaan dipersetujui ketika sidang video hampir sejam pada Isnin dengan rakan sejawatan, Jean-Yves Le Drian.
“Saya dan Le Drian bersetuju bahawa kedua-dua negara perlu menggandakan usaha sedia ada dalam mengukuhkan kerjasama pelbagai bidang serta bersetuju untuk meningkatkan lagi tahap rakan kongsi.
“Ini termasuk mempromosi industri minyak sawit Malaysia, akses komoditi itu ke pasaran Perancis dan lainnya - yang dapat memberi manfaat besar kepada pekebun kecil serta industri, selain kerjasama lebih luas dalam dagangan dan pelaburan, pendidikan, pelancongan, hubungan sesama rakyat serta kerjasama pertahanan," katanya menerusi kenyataan semalam.
Hishammuddin berkata, kedua-dua pihak turut membincangkan perkembangan semasa serantau termasuk keadaan terkini di Myanmar dengan Le Drian menyuarakan sokongan terhadap kepemimpinan dan usaha ASEAN terutama cadangan pertubuhan serantau itu menganjurkan Mesyuarat Peringkat Menteri Tidak Rasmi.
Mesyuarat itu adalah inisiatif Menteri Luar Malaysia dan Indonesia dengan kerjasama rapat Brunei Darussalam selaku Pengerusi ASEAN 2021 selepas menerima mandat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Presiden Joko Widodo.
Pada 1 Februari lalu, tentera Myanmar merampas kuasa dan mengisytiharkan darurat selama setahun, diikuti tindakan menahan pemimpin politik dan pegawai kanan kerajaan atas tuduhan penipuan undi dalam pilihan raya November 2020.
Spoke with my friend @JY_LeDrian Minister for Europe & Foreign Affairs for France yesterday; having served in our previous capacity as Ministers of Defence, we have a close working relationship and mutual understanding in promoting the relationship between & moving forward! pic.twitter.com/F2ixG0XBUc
— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) February 24, 2021
Hishammuddin berkata, beliau mengalu-alukan penyertaan Perancis sebagai Rakan Pembangunan ASEAN selain mengiktiraf hasrat Perancis memperluaskan jalinan hubungannya dengan Malaysia serta rakan ASEAN lain.
"Kerjasama ini termasuk terhadap memastikan keamanan dan kestabilan di rantau Indo-Pasifik, menangani isu tertunggak seperti penghantaran pulang Rohingya, mencegah pemerdagangan manusia, jenayah terancang rentas sempadan serta ancaman keganasan," katanya.
Selain itu katanya, kedua-dua negara itu juga bersetuju untuk berganding bahu memupuk persefahaman terhadap pekerti universal, meningkatkan lagi kefahaman dan toleransi dalam kalangan penduduk berbilang budaya, agama dan kepercayaan demi memastikan keamanan dan keharmonian.
"Saya dan Le Drian bersetuju untuk terus berhubung lebih-lebih lagi kami sebelum ini sama-sama menjadi menteri pertahanan. Kami mempunyai hubungan kerja yang akrab dan saling memahami dalam mengukuhkan lagi persahabatan Malaysia-Perancis," kata Hishammuddin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Hussein
#Jean-Yves le Drian
#Menteri Luar
#COVID-19
#vaksin
#sidang video
#pendidikan
#pelaburan
#Malaysia
#Perancis
#rakan kongsi
#rantaian bekalan global
#sosio-ekonomi
#pemulihan
#Mesyuarat Tidak Rasmi
#Myanmar
#ASEAN
#kerjasama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan