Skip to main content

Malaysia

Malaysia perkukuh kerjasama pelbagai bidang dengan BFA - PM

Saya kemudiannnya menerima kunjungan Setiausaha Agung Boao Forum for Asia (BFA), Zhang Jun, bagi bertukar pandangan mengenai landskap serantau dan global yang semakin mencabar. Dalam suasana dunia yang berdepan ketidaktentuan geopolitik, tekanan ekonomi serta perubahan teknologi yang pesat, saya menegaskan bahawa kerjasama serantau yang lebih erat, inklusif dan berteraskan dialog kekal menjadi kunci kepada kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan bersama.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menerima kunjungan Setiausaha Agung BFA Zhang Jun hari ini. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
Advertisement

KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan Boao Forum for Asia (BFA) dalam bidang perdagangan dan pelaburan, transformasi digital, kecerdasan buatan, peralihan tenaga, keterjaminan makanan, pendidikan serta pembangunan bakat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau menzahirkan perkara itu ketika menerima kunjungan Setiausaha Agung BFA Zhang Jun bagi bertukar-tukar pandangan mengenai landskap serantau dan global yang semakin mencabar.

"Dalam suasana dunia yang berdepan ketidaktentuan geopolitik, tekanan ekonomi serta perubahan teknologi yang pesat, saya menegaskan bahawa kerjasama serantau yang lebih erat, inklusif dan berteraskan dialog kekal menjadi kunci kepada kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan bersama," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata ikhtiar itu diharap dapat terus memperkukuh daya tahan rantau dan membuka lebih banyak ruang kerjasama yang memberi manfaat nyata kepada rakyat secara keseluruhannya.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement