MALAYSIA
Malaysia perkukuh komitmen teknologi nuklear aman melalui CTBT

Setiausaha Eksekutif CTBTO Dr Robert Floyd mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dari 13 hingga 18 Ogos. - Gambar/ Agensi Nuklear Malaysia
PUTRAJAYA: Malaysia terus memperkukuh komitmen terhadap pembangunan teknologi nuklear untuk tujuan aman melalui Dasar Teknologi Nuklear Negara 2030 serta usaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi memastikan teknologi itu dibangunkan secara selamat, bertanggungjawab dan memberi manfaat kepada rakyat.
Ringkasan AI
- Malaysia memperkukuh komitmen terhadap teknologi nuklear aman melalui Dasar Teknologi Nuklear Negara 2030 dan pelaksanaan Triti CTBT yang diratifikasi sejak 2008.
- Agensi Nuklear Malaysia mengendalikan dua kemudahan utama di bawah CTBTO iaitu Stesen RN42 di Cameron Highlands dan Pusat Data MY-NDC di Bangi untuk pemantauan radionuklid dan sokongan saintifik.
- Lawatan rasmi Setiausaha Eksekutif CTBTO ke Malaysia memperkukuh kerjasama teknologi nuklear, termasuk penganjuran Kolokium Kebangsaan CTBT bagi meningkatkan kesedaran dan penyertaan institusi tempatan.
"Kedua-dua kemudahan ini berperanan mengesan radionuklid daripada letupan nuklear global selain menyediakan maklumat seismik, infrasound dan hidroakustik bagi tujuan saintifik serta menyokong Sistem Amaran Awal Tsunami Kebangsaan," menurut kenyataan itu.
Penglibatan aktif Malaysia dalam CTBT turut diiktiraf Suruhanjaya Persediaan CTBTO menerusi lawatan rasmi Setiausaha Eksekutif CTBTO Dr Robert Floyd ke Malaysia dari 13 hingga 18 Ogos.
Sepanjang lawatan, beliau mengunjungi RN42, MY-NDC serta mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi MOSTI bagi membincangkan kerjasama memperkukuh kapasiti teknologi CTBT di negara ini.
Floyd turut mengadakan pertemuan dengan pegawai Kementerian Luar Negeri berhubung peranan CTBT yang selaras dengan pendirian Malaysia mengenai pelucutan senjata nuklear serta keamanan serantau dan global.
Bersempena lawatan itu, Nuklear Malaysia turut menganjurkan Kolokium Kebangsaan CTBT bagi memberi pendedahan kepada pemegang taruh, institusi penyelidikan dan universiti mengenai manfaat data CTBT kepada keselamatan, penyelidikan saintifik dan kesejahteraan masyarakat.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami