awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia salur bantuan kemanusiaan RM1 juta kepada Lubnan

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
08/08/2020
11:19 MYT
Malaysia salur bantuan kemanusiaan RM1 juta kepada Lubnan
Muhyiddin berkata, Malaysia yakin dan percaya rakyat di negara itu mampu mengatasi impak tragedi itu. - Foto ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Kerajaan Malaysia menyalurkan sebanyak RM1 juta bantuan kemanusia menerusi Pertubuhan Palang Merah Lubnan (LRC) atas semangat persaudaraan kepada Lubnan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia yakin dan percaya rakyat di negara itu mampu mengatasi impak tragedi dan meneruskan kehidupan dengan kekuatan semangat dan perpaduan berterusan.
"Kerajaan dan rakyat Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Lubnan dalam tragedi letupan di Pelabuhan Beirut yang menyebabkan kemusnahan besar.
"Sehubungan itu, kami berkongsi kesedihan dan penderitaan dengan saudara kami di sana selain menzahirkan rasa simpati serta mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa atas kehilangan orang tersayang," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Dalam pada itu, Muhyiddin turut mendoakan kesejahteraan rakyat di negara itu khususnya mereka yang terjejas.
"Kepada yang cedera, kami juga mendoakan agar mereka cepat sembuh," ujarnya.
Dalam kejadian pada Selasa lalu, sekurang-kurangnya 150 orang maut dan lebih 5,000 cedera dalam letupan di Pelabuhan Beirut yang disyaki berpunca daripada bahan ammonia nitrat disimpan di gudang pelabuhan itu sejak 2013.
Topic Berkaitan
#beirut
#cedera
#keluarga
#kerajaan
#letupan
#Malaysia
#maut
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#perpaduan
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan