awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sambut baik gencatan senjata di Yemen

Bernama
Bernama
11/04/2020
05:32 MYT
Malaysia sambut baik gencatan senjata di Yemen
Malaysia menggesa semua pihak di Yemen agar menghormati gencatan senjata itu. - Gambar fail/REUTERS/Abduljabbar Zeyad
Malaysia menyambut baik pengumuman terbaharu oleh Arab Saudi, bagi pihak Gabungan Perintah Pasukan Bersama, untuk mengembalikan hak di Yemen dengan melaksanakan gencatan senjata sepihak selama dua minggu mulai Khamis (9 April).
Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, Malaysia menggesa semua pihak di Yemen agar menghormati gencatan senjata itu dan tidak menyertai sebarang tindakan yang mungkin boleh melemahkannya.
Kementerian itu atau lebih dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan bahawa keputusan itu memberi petunjuk bahawa gabungan berkenaan bersedia untuk menyokong gesaan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan ia satu langkah positif ke arah gencatan senjata yang kekal.
Menurut Wisma Putra, Malaysia mengulangi sokongan penuhnya terhadap usaha untuk mencari satu penyelesaian keamanan terhadap konflik itu di Yemen menerusi dialog dan diplomasi.
"Malaysia menggesa semua pihak mengambil peluang gencatan senjata ini untuk berusaha ke arah objektif berkenaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#gencatan senjata
#Kementerian Luar
#Malaysia
#Wisma Putra
#Yemen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan