awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia saran tiga inisiatif utama ASEAN pertingkat industri kreatif serantau - Teo

Bernama
Bernama
23/07/2025
21:10 MYT
Malaysia saran tiga inisiatif utama ASEAN pertingkat industri kreatif serantau - Teo
Teo semasa sidang media Sidang Kemuncak Filem dan TV ASEAN 2025 yang diadakan sempena MIFFest ke-8 pada Rabu. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia telah menyarankan tiga inisiatif utama baharu di bawah Kepengerusian ASEAN 2025 bagi memperkukuh kerjasama serantau dalam sektor kreatif, kata Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.
Inisiatif itu termasuk ASEAN Co-Production Roundtable, a Green Filming and Sustainability Framework and Youth Story Labs yang bertujuan mempromosikan naratif inklusif dan berpandangan jauh dalam kalangan generasi belia ASEAN.
"Sebagai sebahagian daripada Kepengerusian ASEAN Malaysia, kami berharap untuk memulakan tiga bidang kerjasama utama," katanya dalam ucapan perasmian di Sidang Kemuncak Filem dan TV ASEAN 2025 yang diadakan sempena Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) ke-8, di sini, pada Rabu.
Beliau berkata, kesemua usaha ini mencerminkan komitmen Malaysia untuk menjadikan industri kreatif serantau lebih dinamik, siap siaga untuk masa depan dan berpaksikan rakyat.
Teo turut mengetengahkan kejayaan negara dalam usaha menarik penggambaran produksi global melalui Insentif Filem di Malaysia (FIMI), yang telah membantu 128 projek sejak 2013 dengan jumlah rebat sebanyak RM 419 juta.
Insentif itu secara langsung telah merangsang pelaburan sebanyak RM2.71 bilion ke dalam industri kreatif tempatan.
Anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama MIFFest dan Asian Film Alliance Network (AFAN), sidang kemuncak itu menyediakan platform bagi pembuat dasar, pencipta kandungan dan pelabur untuk meneroka peluang penjajaran dasar dan produksi bersama.
"Ketika dunia mendepani cabaran baharu, kisah-kisah yang kita kongsi bersama akan menjadi penghubung dan menjadi sumber inspirasi kita serta memacu ASEAN ke hadapan," katanya.
Sidang kemuncak itu akan melabuhkan tirai pada 26 Julai ini dengan Anugerah Global Emas Malaysia (MGGA) bagi mengiktiraf kecemerlangan dalam pembikinan filem ASEAN dan antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FINAS
#ASEAN
#sumber inspirasi
#pembuat dasar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan