KOTA KINABALU: Malaysia menyasarkan untuk berada dalam 20 senarai ekosistem syarikat Pemula Global dunia melalui Pelan Halatuju Ekosistem Startup Malaysia 2021-2030 (SUPER) selaras dengan dasar dan inisiatif negara untuk menjana inovasi berteknologi tinggi.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Dr Adham Baba berkata berdasarkan laporan ekosistem syarikat Pemula Global 2021, Malaysia kini berada dalam kedudukan 21 daripada 100 ekosistem membangun terbaik.
"Malaysia juga berada di tempat kedua di belakang Singapura paling inovatif (Indeks Ekonomi Platform Digital 2020) dan bilangan syarikat pemula pula, negara di tempat ketiga tertinggi di Asia Tenggara.
"Dengan adanya SUPER atau pembangunan ekosistem roadmap startup (pelan hala tuju pemula) ini, kita ada intervensi yang akan kita laksanakan dengan menggariskan lima cabaran iaitu bakat, pembiayaan, peraturan, dasar dan penembusan ke peringkat antarabangsa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Jelajah MYStartup East Malaysia dan menyaksikan pertukaran dokumen memorandum persefahaman (MoU) antara Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle) bersama Pusat Kreatif Ekonomi dan Inovasi Sabah (Scenic) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu di sini hari ini.
Dr Adham berkata melalui portal MYStartup yang dilancarkan oleh MOSTI pada November tahun lepas, sehingga kini sebanyak 2,227 syarikat pemula telah mendaftar di portal berkenaan bagaimanapun jumlah syarikat yang berdaftar dari Sabah hanya 24 syarikat sahaja.
Justeru, melalui jelajah MYStartup dengan kerjasama Scenic lebih banyak syarikat pemula di Sabah akan menyertai dan mendaftar dalam platform SUPER di laman web www.mystartup.gov.my.
Beliau berkata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) menyasarkan sekurang-kurangnya 50 syarikat pemula di Sabah akan menyertai SUPER tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 24 2022

Dr Adham (tiga, kanan) ketika menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle, Norman Matthieu Vanhaecke (kiri) dengan Pengurus Besar Scenic Viviantie Sarjuni (dua, kanan) pada majlis hari ini. - BERNAMA

Donut 10 Sen | Kekalkan harga demi bantu golongan kurang mampu
Peningkatan harga barangan semasa tidak menjadi halangan buat pasangan suami isteri untuk meneruskan perniagaan donut yang dijual pada harga 10 sen sebiji. Menurut Idham Syafiq Darmilus, 35 tahun, dia memilih untuk mengekalkan harga tersebut bagi memastikan golongan kurang berkemampuan dapat merasai hidangan itu terutama ketika peningkatan kos sara hidup masa kini.

Jenayah | Polis tumpas geng curi kereta Wira di Kelantan
Tujuh individu berusia dari 26 hingga 58 tahun yang terbabit dalam kegiatan curi kenderaan, khususnya kereta Proton Wira dan pecah rumah berjaya ditahan dalam Operasi Lejang yang ditubuhkan polis Kelantan. Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata tangkapan itu dilakukan dalam serbuan di Kampung Machang Limbat dan Kampung Berhala Lima, Pasir Tumboh di antara 12.15 tengah malam hingga 4 pagi semalam.

Perikatan Nasional | Rundingan kerusi parti komonen untuk PRN minggu depan
Rundingan agihan kerusi antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri dijangka berlangsung minggu hadapan. Naib Presiden Pas Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata perbincangan berkenaan akan diadakan pada 7 Februari ini di ibu negara.

Pantau Kerajaan Baharu: Memperkasa Peranan Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Perbincangan mengenai usaha memperkasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia, terutama tindakan tangani syarikat yang culas membayar cukai dan memastikan peraturan percukaian itu dipatuhi peniaga bersama Timbalan Pengarah Kastam, Bahagian Cukai Dalam Negeri, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Ibu Pejabat, Roszita Dim.

'Troopers' Prasarana bantu pergerakan penumpang di stesen LRT raih pujian ramai
Meskipun berlaku penambahan luar biasa penumpang waktu puncak, kehadiran Troopers mampu mengawal keadaan dan melancarkan pergerakan.

Niaga AWANI: Ekonomi | Inflasi reda, ekonomi global kian pulih?
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman dan Ibrahim Sani.

Niaga AWANI: Integriti | Perkasa prosedur salur dana bantuan elak 'buaya ekonomi'
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman dan Ibrahim Sani.

Tujuh ditahan kes curi kenderaan, pecah rumah
Tangkapan suspek berusia di antara 26 dan 58 tahun itu dilakukan dalam serbuan di Kampung Machang Limbat dan Kampung Berhala Lima, Pasir Tumboh.

AWANI Ringkas: Pembangunan Malaysia Madani
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Mason Greenwood dibebaskan daripada kesemua pertuduhan
Pemain berusia 21 tahun itu diberkas pada Januari tahun lalu dan sepatutnya menghadapi perbicaraan pada November depan.

Bajet 2023: Fokus pembangunan ekosistem syarikat pemula
Bajet harus juga memberi tumpuan kepada insentif pengambilan pekerja di Malaysia.

MOSTI tidak kecualikan syarikat pemula dapat bantuan dan biaya - Adham
Elak penghijrahan syarikat pemula ke luar negara yang boleh memberikan impak kurang baik kepada persekitaran ekonomi tempatan.

Malaysia sasar 20 senarai ekosistem syarikat pemula global dunia menjelang 2030 - Dr Adham
Malaysia menyasarkan untuk berada dalam 20 senarai ekosistem syarikat Pemula Global dunia melalui Pelan Halatuju Ekosistem Startup Malaysia 2021-2030 (SUPER).

Program Pemecut MYStartup MOSTI tawar geran sehingga RM600,000
Menjelang hujung tahun ini 10 syarikat pemula niaga akan dipilih bagi menerima geran dan tambahan wang tunai RM1 juta daripada rakan kongsi.

Swipey muncul antara 10 syarikat pemula terbaik Alpha Startups
Kejayaan itu menyaksikan mereka bakal menyertai sesi pembentangan akhir acara teknologi kewangan, MyFintech Week 2022 anjuran Bank Negara Malaysia pada 24 hingga 28 Januari 2022.

MYStartup.gov.my dilancar bagi rancakkan ekosistem syarikat pemula
Menteri MOSTI, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata ia akan menyatukan pelbagai industri dan mewujudkan kerjasama berimpak tinggi.

Perbicaraan pengasas Theranos bermula
Theranos itu dituduh menipu pelabur, pelanggan dan pesakit bahawa syarikat pemulanya mampu untuk mengubah dunia perubatan.

MOSTI lancar Malaysia Grand Challenge, fokus atasi cabaran utama negara
RM220 juta diperuntukkan untuk lima skim Dana Pembiayaan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di bawah Program Dana Pemacu Teknologi Strategik (PEMACU).

NTIS terima pendaftaran 1,200 syarikat sejak pelancaran pada Jun
Daripada jumlah itu sebanyak 200 permohonan melepasi kriteria ditetapkan dan kini dalam peringkat penilaian.

Permohonan NTIS kini dibuka - MOSTI
Empat jenis skim pembiayaan boleh didapati di bawah NTIS termasuk Single Site Sandbox yang menawarkan pembiayaan maksimum RM250,000.