awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Ada usaha naikkan amarah UMNO agar tinggalkan kerajaan' - Tok Mat
UMNO cadang pembentukan gabungan besar parti Melayu Islam - Ahmad Zahid
MyDigital ID sasar 15 juta pendaftaran baharu tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sasar capai 35 peratus tenaga kerja mahir - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
01/12/2025
23:00 MYT
Malaysia sasar capai 35 peratus tenaga kerja mahir - Tengku Zafrul
Sasaran 35 peratus tenaga kerja mahir dapat dicapai melalui lima strategi utama termasuk memperkasakan latihan berasaskan industri dan meningkatkan automasi, kata Tengku Zafrul. - Gambar fail Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Malaysia menyasarkan untuk mencapai 35 peratus tenaga kerja mahir dan pertumbuhan produktiviti sebanyak 3.6 peratus menjelang 2030 sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh daya saing negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata, sasaran itu dapat dicapai melalui lima strategi utama termasuk memperkasakan latihan berasaskan industri dan meningkatkan automasi.
"Bagi mencapai sasaran 35 peratus tenaga kerja mahir dan produktiviti 3.6 peratus setahun ini, kerajaan perlu melaksanakan lima strategi.
"Kita perlu memperkasakan latihan berasaskan industri supaya pengalaman itu relevan. Industri juga perlu melabur dalam pelatih tempatan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) di Dewan Rakyat, pada Isnin.
Tengku Zafrul berkata, Malaysia perlu meningkatkan produktiviti dengan memastikan lebih banyak syarikat beralih kepada automasi, mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing tidak mahir dan melatih pekerja tempatan untuk memenuhi keperluan teknologi industri.
Beliau turut menegaskan kerjasama rapat antara industri, MPC, TalentCorp dan institusi TVET penting bagi melahirkan bakat tempatan yang relevan dengan keperluan semasa, selain memastikan Malaysia kekal kompetitif dalam rantaian bekalan global.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#tenaga kerja mahir
#pertumbuhan produktiviti
#Tengku Zafrul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan