awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rom perkenal zon had laju 30 km sejam di pusat bandar
Piala ASEAN 2026 medium perkasa skuad Harimau Malaya - Cklamovski
TMM 2026 pacu perubahan strategik industri perhotelan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sasar perluas kerjasama pelancongan dengan Vietnam

Bernama
Bernama
15/01/2026
20:30 MYT
Malaysia sasar perluas kerjasama pelancongan dengan Vietnam
Sabah bersedia bekerjasama rapat dengan pihak Vietnam bagi membangunkan produk pelancongan strategik jangka panjang yang memenuhi keperluan pelancong moden.
KOTA KINABALU: Malaysia berhasrat memperluas kerjasama dengan pemain industri pelancongan Vietnam dan menjadikan Sabah sebagai destinasi pelancongan yang semakin dikenali rakyat negara itu.
Pengarah Tourism Malaysia di Vietnam, Amirah Nadiah Mazlan berkata, Sabah bersedia bekerjasama rapat dengan pihak Vietnam bagi membangunkan produk pelancongan strategik jangka panjang yang memenuhi keperluan pelancong moden.
Beliau berkata, dengan penerbangan terus AirAsia dari Ho Chi Minh ke Kota Kinabalu yang mengambil masa dua jam, hubungan ini menjadikan Sabah lebih mudah diakses oleh pelancong Vietnam.
"Ini juga memberi peluang kepada industri pelancongan kedua-dua pihak untuk mencipta produk pelancongan jarak dekat yang fleksibel dan menarik," katanya sambil menambah bahawa peningkatan keterhubungan kekal penting untuk pertumbuhan pelancongan antara Malaysia dan Vietnam.
Forum itu menghimpunkan 21 delegasi yang mewakili 15 syarikat pelancongan di Sabah, yang menyertai sesi meja bulat bersama rakan kerjasama di Ho Chi Minh.
Sementara itu, ketika berucap di acara yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif STB, Julinus Jeffry Jimit berkata, Vietnam diiktiraf sebagai antara pasaran baharu yang berpotensi bagi Sabah.
"Dengan memperkukuh hubungan antara pemain industri, kami berhasrat untuk mengembangkan rangkaian kerjasama kami dan membina kolaborasi yang mampan serta jangka panjang dengan rakan pelancongan Vietnam," katanya.
Melalui acara itu, STB juga berkongsi perkembangan terkini mengenai persiapannya untuk pencapaian strategik akan datang, Tahun Melawat Sabah 2027.
Beliau berkata, pelancongan berasaskan komuniti (CoBT) kekal sebagai tonggak utama dalam strategi berkenaan.
Baru-baru ini, lima pengendali CoBT di Sabah menerima pengiktirafan di peringkat nasional di bawah Standard Pelancongan ASEAN, menetapkan penanda aras bagi model pelancongan berasaskan komuniti di seluruh rantau ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Vietnam
#Tourism Malaysia
#Sabah
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan