awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sedia bincang dengan China kerjasama tangani kumpulan pelampau, keganasan

Bernama
Bernama
26/05/2016
00:02 MYT
Malaysia sedia bincang dengan China kerjasama tangani kumpulan pelampau, keganasan
Najib bersama Meng Jianzhu sewaktu pertemuan membincangkan isu kerjasama ketenteraan bagi menangani ancaman keselamatan. - Foto Bernama
Malaysia sedia berbincang dengan China mengenai kemungkinan selanjutnya berkaitan kerjasama ketenteraan bagi menangani ancaman esktremisme, keganasan, penculikan dan jenayah lain.
Ini adalah antara perkara yang dibincangkan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan delegasi peringkat tinggi dari China yang diketuai Duta Khas Presiden Xi Jinping, Meng Jianzhu, yang menerajui Jawatankuasa Pusat Hal Ehwal Politik dan Perundangan Parti Komunis China di sini pada Rabu, menurut kenyataan akhbar Pejabat Perdana Menteri.
Katanya kedua-dua pihak bersetuju agar menteri, pegawai kanan dan agensi berkenaan terus meneroka butiran lanjut tentang kerjasama itu pada masa akan datang.
"Malaysia percaya, perbincangan dan kerjasama positif dengan China dan negara anggota ASEAN lain dalam bidang ini akan memperkukuhkan lagi perlindungan terhadap kepentingan bersama semua pihak di rantau ini," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, China menyuarakan penghargaan ikhlasnya kepada perdana menteri mengenai kerjasama Malaysia dalam bidang antikeganasan dan jenayah antarabangsa, temasuk penipuan melalui telefon yang menjejaskan banyak rakyat China baru-baru ini.
"Kerjasama cemerlang antara badan pertahanan dan ketenteraan dari Malaysia dan China telah diperkukuhkan lagi melalui peningkatan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif.
"Kerjasama ini turut melibatkan pertukaran lawatan dan mesyuarat peringkat tinggi serta latihan bersama," katanya.
Pejabat Perdana Menteri berkata sebagai respons kepada cabaran keselamatan dinamik di rantau Asia Pasifik seperti ancaman Daish dan jaminan makanan, bidang kerjasama praktikal pertahanan dan keselamatan lain seperti pertukaran maklumat risikan dan pembentukan hubungan komunikasi keselamatan, boleh terus diterokai.
"Oleh itu, Malaysia sedia membincangkan kemungkinan seterusnya mengenai kerjasama ketenteraan bagi menangani ancaman fahaman pelampau, keganasan, penculikan dan jenayah lain," katanya.
Kenyataan itu berkata Malaysia yakin bahawa melalui dialog secara konstruktif antara negara anggota ASEAN dan China, semua pihak akan sama-sama mencapai penyelesaian jangka panjang yang bermanfaat berhubung Laut China Selatan, demi kestabilan dan kemakmuran rantau ini.
Pada mesyuarat itu, Najib juga menyuarakan penghargaan beliau mengenai strategi 'One Belt, One Road' Presiden Xi serta kepentingannya dalam mewujudkan integrasi ekonomi dan kebudayaan.
"Dalam hal ini, Malaysia sedia meneroka kemungkinan bekerjasama dengan China dan Thailand untuk menjalankan kajian kemungkinan dengan segera bagi menimbang pelaksanakan projek Hubungan Rel Laju Kuala Lumpur-Bangkok dan Hubungan Rel Pantai Timur bagi meningkatkan ketersambungan serta pelancongan untuk manfaat Malaysia dan Thailand," katanya.
Di samping itu, kata kenyataan tersebut, Malaysia juga mengalu-alukan China sebagai rakannya untuk sama-sama membangunkan infrastruktur pelancongan jangka panjang dan harta berkaitan pelaburan di Malaysia.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#China
#isu pengganas
#keganasan
#Malaysia
#Meng Jianzhu
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan