KUALA LUMPUR: Malaysia berusaha menjadi pemudah cara untuk pendamai, penggerak kerjasama dan perancang permuafakatan apabila menjadi anggota Majlis Hak Asasi Manusia, kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.
Menerusi perutusan video berhubung pencalonan Malaysia untuk menganggotai majlis itu bagi penggal 2022-2024, Saifuddin berkata Malaysia sedia memainkan peranannya sebagai rakan yang konstruktif dan bekerjasama rapat dengan negara anggota bagi memajukan agenda hak asasi seperti yang termaktub dalam Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia.
Beliau menyatakan, pandemik COVID-19 mencetuskan krisis ketidakseimbangan sosial ekonomi dunia, menjejaskan kehidupan, pendidikan dan penjagaan kesihatan.
Krisis itu juga menyaksikan peningkatan sentimen perkauman dan xenofobia serta mencetuskan pelbagai ancaman ke atas kumpulan terpinggir.
"Dalam konteks ini, fungsi Majlis Hak Asasi Manusia menjadi semakin penting berbanding sebelumnya bagi memastikan krisis kesihatan awam tiak bertukar menjadi krisis hak asasi manusia global," katanya menerusi video berkenaan yang dimuat naik dalam akaun twitter rasmi Kementerian Luar.
Saifuddin menegaskan, hak asasi manusia perlu menjadi aspek penting dalam semua usaha ketika negara dunia menyediakan kerangka kerja untuk pemulihan berkekalan dan menyeluruh.
Beliau berkata, komuniti dunia perlu berusaha lebih keras untuk mencari titik pertemuan untuk sama-sama dapat bangkit dengan lebih kuat, secara aman serta memastikan tiada yang ketinggalan.
"Atas semangat ini, Malaysia menawarkan diri untuk menjadi calon Majlis Hak Asasi Manusia untuk penggal 2022-2024," katanya.
Saifuddin berkata, pencalonan Malaysia disokong oleh ASEAN dan Majlis Hak Asasi Manusia Kumpulan Serantau Asia Pasifik (APG).
Katanya, Malaysia juga berasa gembira kerana terpilih sebagai sebuah daripada enam negara contoh dunia berdasarkan amalan baik yang diterapkan, seperti yang terkandung dalam Universal Periodic Review (UPR), Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia.
Pemilihan anggota Majlis Hak Asasi Manusia Dunia itu akan diadakan pada 14 Oktober 2021, sewaktu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia sudah dua kali dipilih menganggotai majlis berkenaan iaitu untuk penggal 2006-2009 dan penggal 2010-2013.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 08 2021
SAIFUDDIN: Malaysia sedia memainkan peranannya sebagai rakan yang konstruktif dan bekerjasama rapat dengan negara anggota bagi memajukan agenda hak asasi seperti yang termaktub dalam Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia. - Wisma Putra
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Pelan Tindakan Nasional Mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia akan dilancarkan menjelang 2025 - Azalina
NAP-BHR akan dilancarkan Januari tahun depan, menandakan kemajuan signifikan ke arah integrasi pertimbangan hak asasi manusia dalam amalan perniagaan negara.
Hudud 'permainan' ahli politik tarik undi popular - Pakar Perlembagaan
Shad percaya bahawa penganut semua agama, termasuk Islam, mampu membuat tafsiran yang dinamik, dengan mengambil kira tentang realiti dan keadaan semasa.
71 peratus rakyat Sudan dilapor alami pelanggaran hak asasi manusia ketika melarikan diri - PBB
"Tahap trauma yang dialami amat dahsyat, dengan keluarga masih dalam keadaan terkejut selepas menyaksikan keganasan."
Ketua Hak Asasi Manusia PBB gesa kekangan elak konflik meluas di Timur Tengah
Turk merayu semua Negara bertindak tegas mencegah konflik yang lebih luas di Timur Tengah dengan akibat yang berpotensi memusnahkan orang awam.
Sabah harap pindaan RUU Ordinan Buruh Sabah disokong semua Ahli Parlimen
Kerajaan Sabah berharap bacaan kali kedua RUU Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 bulan depan (Oktober) mendapat sokongan daripada semua Ahli Parlimen.
Ketua Hak Asasi Manusia PBB rayu agar konflik di Gaza dihentikan
Volker Turk berkata, kebanyakan yang terkorban adalah wanita dan kanak-kanak.
Malaysia tidak meratifikasi UNCAT kerana libatkan pindaan akta sedia ada
Konvensyen itu menghendaki undang-undang negara tidak mempunyai elemen yang menyebabkan kesakitan teruk.
18 pegawai polis berlepas ke Sudan Selatan sertai misi pengaman PBB
Seramai 18 Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis berlepas ke Sudan Selatan, tengah malam tadi, bagi menyertai misi pengaman di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
WAO gesa masyarakat antarabangsa utamakan hak wanita, gadis Palestin
Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menggesa masyarakat antarabangsa agar mengutamakan keperluan dan hak wanita serta gadis Palestin selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa