BANGKOK: Malaysia akan menyertai eksesais Cobra Gold, latihan ketenteraan multinasional paling lama di dunia dan terbesar di Asia Tenggara yang kembali diadakan pada tahun ini dalam skala besar, selepas diadakan secara sederhana sejak tiga tahun lalu akibat pandemik COVID-19 pandemik.
Dihoskan bersama oleh Angkatan Tentera Diraja Thailand dan Komando Indo-Pasifik Amerika Syarikat (USINDOPACOM) dan penganjuran kali ke-42 itu melibatkan 7,394 kakitangan dari 30 negara peserta.
Eksesais itu akan diadakan di Thailand antara 27 Februari hingga 10 Mac.
Atase Pertahanan di Kedutaan Malaysia di Thailand Brigadier Jeneral Samsul Rizal Musa berkata seramai 43 anggota tentera Malaysia termasuk 37 pegawai akan menyertai latihan itu.
"Ini adalah kali keenam Malaysia menyertai Cobra Gold. Eksesais ini akan memperkukuh dan mengeratkan hubungan kerjasama ketenteraan dengan kesemua angkatan tentera negara yang terlibat.
"Selain itu, ia juga akan meningkatkan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia melalui aktiviti latihan bersama dengan pasukan tentera lain.
"Ia juga dapat membina keyakinan dan meningkatkan kesefahaman antara negara terlibat dalam operasi Peace Enforcement Operation (PEO) dan Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) operations," katanya kepada Bernama.
Malaysia adalah antara tujuh negara yang mengambil bahagian pada edisi kali ini bersama Thailand, Amerika Syarikat (AS), Singapura, Jepun, Indonesia, Korea Selatan.
Sementara itu, Ketua Turus Bersama Angkatan Tentera Diraja Thailand Jeneral Thitichai Tiantong pada sidang akhbar semalam berkata Cobra Gold tahun ini berdasarkan format Light Year.
Thitichai berkata Myanmar tidak akan mengambil bahagian tahun ini kerana penyertaan terhad. Ini adalah tahun ketiga berturut-turut Myanmar tidak menyertai eksesais itu.
Sementara itu, pegawai kanan pertahanan AS dan Atase Pertahanan ke Thailand Kolonel Kurt Leffler berkata AS akan menghantar paling ramai peserta iaitu lebih 6,000 kakitangan.
Beliau berkata Cobra Gold memberi peluang kepada negara peserta untuk berlatih dan bereksperimen bersama-sama untuk menangani pelbagai aspek cabaran.
"Tindak balas berkesan kami terhadap bencana serantau dalam beberapa dekad kebelakangan ini daripada banjir dan ribut hingga gempa bumi dan operasi menyelamat di gua adalah hasil latihan berjuta-juta kakitangan dalam Cobra Gold.
"Untuk memastikan perkongsian itu kekal teguh untuk dekad akan datang, kerjasama siber dan angkasa lepas diperkenalkan ke dalam latihan itu dan sedang bereksperimen dengan konsep operasi baharu untuk bersedia menghadapi apa jua ancaman pada masa depan," katanya.
Di sebalik ketegangan antara AS dan China, pada tahun ini Beijing akan menghantar tenteranya untuk menyertai eksesais bantuan kemanusiaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 15 2023
Jeneral Thitichai (duduk, dua, kanan) memberitahu sidang akhbar di Bangkok semalam, Cobra Gold tahun ini akan dijalankan berdasarkan format Light Year. - Foto Twitter Ambassador Robert F. Godec
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Malaysia sertai eksesais Cobra Gold pada bulan ini
Dihoskan bersama Angkatan Tentera Diraja Thailand dan USINDOPACOM, penganjuran kali ke-42 itu melibatkan 7,394 kakitangan dari 30 negara.