awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Singapura sediakan butiran RGL dan PCA

Bernama
Bernama
01/08/2020
12:31 MYT
Malaysia, Singapura sediakan butiran RGL dan PCA
Skim PCA pula akan membenarkan penduduk Singapura dan Malaysia yang memegang pas imigresen jangka panjang bagi tujuan perniagaan dan pekerjaan memasuki negara terbabit untuk bekerja.
Malaysia dan Singapura hari ini menerbitkan syarat, protokol kesihatan dan proses permohonan berhubung skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA).
Menerusi pelaksanaan RGL, ia membolehkan perjalanan rentas sempadan untuk perniagaan penting dan tujuan rasmi antara kedua-dua negara.
Skim PCA pula akan membenarkan penduduk Singapura dan Malaysia yang memegang pas imigresen jangka panjang bagi tujuan perniagaan dan pekerjaan memasuki negara terbabit untuk bekerja.
Bagi kedua-dua skim itu, rakyat Malaysia dan Singapura yang memenuhi syarat perlu mematuhi langkah pencegahan dan kesihatan awam COVID-19 yang dipersetujui bersama oleh kedua-dua negara termasuk menjalani ujian calitan Reaksi Rantai Polimerase (PCR).
Selepas tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan berturut-turut di negara di mana mereka bekerja, mereka boleh pulang ke tanah air masing-masing untuk cuti jangka pendek.
Mereka kemudian boleh kembali ke negara di mana mereka bekerja untuk meneruskan pekerjaan bagi tempoh sekurang-kurangnya lagi tiga bulan berturut-turut.
Untuk maklumat terperinci, rakyat Malaysia dan Singapura boleh mengakses pautan yang disediakan oleh Jabatan Imigresen Malaysian dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura di laman web masing-masing.
Berikut ialah pautan tersebut:
https://www.imi.gov.my/portal2017/index.php/ms/sumber-dan-arkib/pengumuman/1833-malaysia-singapore-border-crossing-arrangement.html
https://www.imi.gov.my/portal2017/index.php/ms/sumber-dan-arkib/pengumuman/1833-malaysia-singapore-border-crossing-arrangement.html
https://safetravel.ica.gov.sg/malaysia/rgl/requirements-and-process
https://safetravel.ica.gov.sg/malaysia/pca/overview
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Imigresen
#kesihatan
#PAS
#pcr
#rakyat Malaysia
#RGL
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan