awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Singapura sepakat terus perkukuh hubungan dua hala

Bernama
Bernama
12/06/2022
04:17 MYT
Malaysia, Singapura sepakat terus perkukuh hubungan dua hala
Hishammuddin bertemu Lee di Istana pada Sabtu. - Foto Ministry of Communications and Information, Singapore
SINGAPURA: Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang sekian lama terjalin ketika mengunjungi Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, menurut Kementerian Pertahanan (Mindef) republik itu.
Mindef dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Sabtu memaklumkan, Hishammuddin kini berada di Singapura bagi menghadiri Dialog Shangri-La (SLD) ke-19 bermula Jumaat (10 Jun) hingga Ahad (12 Jun).
Hishammuddin bertemu Lee di Istana pada Sabtu dan turut dihadiri Menteri Kanan (Pertahanan) republik itu Zaqy Mohamad.
Ketika pertemuan itu, Lee dan Hishammuddin sepakat untuk terus mengeratkan kerjasama, dan hubungan rakyat antara Singapura dan Malaysia terus diperkukuh.
Kedua-dua pemimpin turut membincangkan tindak balas terhadap cabaran keselamatan serantau seperti keselamatan siber dan maritim serta memerangi keganasan.
"Mereka mengulangi kepentingan mengukuhkan kerjasama pertahanan sedia ada melalui platform pelbagai hala seperti Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM), ADMM-Plus, Perjanjian Pertahanan Lima Negara, dan juga menekankan keberkesanan langkah kerjasama gabungan seperti Rondaan Selat Melaka dan Kemudahan Maklumat Menangani Keganasan dalam meningkatkan keselamatan dan kestabilan serantau," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Hussein
#Lee Hsien Loong
#Kementeria Pertahanan
#Dialog Shangri-La
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan