KUALA LUMPUR: Malaysia secara prinsipnya menyokong aspirasi Deklarasi Bucharest berkaitan 'Pembinaan Masa Depan Digital Yang Lebih Baik Untuk Semua' sekali gus mengesahkan komitmen kolektif negara terhadap ketersambungan sejagat dan transformasi digital yang mampan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata telah menjadi keutamaan Malaysia untuk mempercepat penggunaan rangkaian yang mantap dan menyediakan negara bagi peralihan kepada ekonomi digital dan bagi mencapainya, telah mengisytiharkan komunikasi sebagai utiliti, sama seperti air dan elektrik.
"Kita juga telah melancarkan agenda nasional peringkat tinggi din bawah Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia Digital (MyDIGITAL) dan Jalinan Digital Nasional (JENDELA) bagi memastikan liputan dan kualiti jalur lebar untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi, berteraskan digital dan peneraju serantau dalam ekonomi digital," katanya.
Beliau berkata demikian semasa sesi Meja Bulat Menteri di Persidangan Plenipotensiari Telekomunikasi Antarabangsa 2022 (ITU PP22) di Bucharest, Romania.
Bagaimanapun, Annuar berkata dalam memastikan akses sejagat serta penggunaan telekomunikasi dan ICT yang saksama serta inklusif ke arah transformasi digital untuk memperkasa rakyat, akses serta penggunaan digitalisasi bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) terutamanya di negara membangun perlu ditangani.
"Oleh itu, sebahagian besar transformasi digital di Malaysia membabitkan penggunaan e-dagang dan digitalisasi yang aktif oleh PMKS kita. Ekonomi digital adalah komponen utama kekuatan ekonomi Malaysia," katanya.
Ketika ini, ekonomi digital menyumbang 22.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan dijangka mencecah 25.5 peratus menjelang tahun 2025.
Annuar berkata bagi memacu sumbangan ekonomi digital, kerajaan telah memperkenal Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang (NESR) 2.0 untuk memudah cara peluang digital rentas sempadan yang mengutamakan penglibatan perniagaan tempatan dan PMKS dalam e-Dagang, yang menyasarkan 875,000 PMKS yang menggunakan e-Dagang menjelang 2025.
"Malaysia berpandangan bahawa ketersambungan sejagat dan transformasi digital mampan melangkaui pelaksanaan pembolehan infrastruktur serta teknologi.
"Kami komited untuk bekerjasama ke arah merealisasikan lima komitmen dan 10 prinsip utama yang digariskan dalam Deklarasi Bucharest berkaitan Pembinaan Masa Depan Digital Yang Lebih Baik Untuk Semua," katanya.
Beliau mengetuai delegasi Malaysia ke ITU PP22 di Bucharest, Romania yang bermula hari ini (26 Sept) hingga 14 Okt.
ITU PP22, yang menyaksikan penyertaan 181 negara, adalah amat istimewa dan signifikan bagi negara kerana Malaysia akan melobi untuk menduduki kerusi dalam Majlis ITU di bawah Wilayah E (Asia dan Australasia) bagi penggal 2023-2026.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 25 2022
Annuar mengetuai delegasi Malaysia ke ITU PP22 di Bucharest, Romania yang bermula 26 Sept hingga 14 Okt. - Gambar fail
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun
Annuar membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan parti Islam berkenaan tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.
Pengarah syarikat gagal batal tuduhan tawar suapan berhubung ambil alih konsesi Menara KL
Mahkamah hari ini menolak permohonan seorang pengarah syarikat untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.
PRN: Eizlan Yusof hilang suara bantu kempen
Datuk Seri Eizlan Yusof, 52, hampir hilang suara susulan turut berkempen bersama-sama Tan Sri Annuar Musa untuk Perikatan Nasional (PN) sempena pilihan raya negeri (PRN) sejak Julai lalu.