KUALA LUMPUR: Malaysia berdiri teguh bersama-sama rakyat Myanmar dan menyokong gesaan agar pemimpin awam Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi dibebaskan segera untuk memulakan proses dialog damai dan inklusif melibatkan semua pihak berkepentingan di negara itu.
Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata demikian dalam ciapan Tweet beliau hari ini, susulan laporan berita pada Isnin yang menyatakan mahkamah di Myanmar yang diperintah junta menambah enam tahun lagi kepada hukuman penjara 11 tahun sebelumnya kerana kesalahan rasuah.
Tambahan hukuman itu menjadikan jumlah tempoh hukuman penjara terhadap pemimpin itu dilanjutkan kepada 17 tahun.
"Hukuman tambahan ke atas Aung San Suu Kyi dan pelaksanaan hukuman mati ke atas empat aktivis demokrasi baru-baru ini membuktikan bahawa junta berulang kali tidak mengendahkan seruan pemimpin ASEAN untuk dialog konkrit dan inklusif bagi perdamaian nasional di Myanmar dan memenuhi Konsensus 5 Perkara ASEAN (5PC)," katanya.
Menurut laporan antarabangsa, perbicaraan di negara yang diperintah oleh tentera itu diadakan secara tertutup dan peguamnya dilarang di bawah perintah larangan bersuara (gag order) daripada mendedahkan maklumat tentang prosiding.
Pada Januari lepas, pemenang Hadiah Nobel itu dijatuhi hukuman penjara 11 tahun kerana rasuah, menghasut menentang tentera, melanggar peraturan COVID-19 dan melanggar undang-undang telekomunikasi.
Pada 26 Julai lepas, Malaysia mengutuk hukuman mati terhadap empat aktivis oleh junta Myanmar dan melihat tindakan itu sebagai satu jenayah terhadap kemanusiaan.
Rejim tentera Myanmar telah melaksanakan hukuman mati empat aktivis antirampasan kuasa - bekas Ahli Parlimen Liga Demokratik Kebangsaan (NLD), Phyo Zeya Thaw; aktivis terkemuka Kyaw Min Yu, yang dikenali sebagai 'Ko Jimmy'; Aung Thura Zaw; dan Hla Myo Aung - yang didakwa di bawah undang-undang antikeganasan.
Hukuman mati yang mengejutkan dunia itu dilaporkan secara meluas dan mendapat kecaman antarabangsa.
Sejak rampasan kuasa pada 1 Feb 2021, sekurang-kurangnya 2,114 orang telah terbunuh di Myanmar yang diperintah oleh Majlis Pentadbiran Negara (SAC) yang diketuai oleh Jeneral Min Aung Hlaing, dalam kempennya untuk menekan penentangan yang meluas terhadap pemerintahan tentera.
Malaysia dan negara anggota ASEAN yang lain telah berulang kali menggesa dialog inklusif di bawah 5PC yang turut melibatkan Kerajaan Perpaduan Negara (NUG) dan Majlis Perundingan Perpaduan Negara (NUCC).
5PC adalah bertujuan menangani krisis Myanmar yang dipersetujui pada Mesyuarat Pemimpin ASEAN (ALM) di Jakarta pada April 2021.
Ia menggesa penamatan segera keganasan, mengadakan dialog dengan semua pemegang kepentingan utama, pelantikan utusan khas bagi memudahkan pengantaraan dan delegasi melawat dan bertemu dengan pihak berkepentingan di Myanmar, dan membenarkan ASEAN memberikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk di Myanmar. - BERNAMA
Bernama
Tue Aug 16 2022
Malaysia berdiri teguh bersama-sama rakyat Myanmar dan menyokong gesaan agar pemimpin awam Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi dibebaskan segera. - Gambar fail REUTERS
Malaysia seru peralihan kuasa secara aman di Syria - Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perpaduan kaum mesti dijadikan prinsip utama dalam usaha tersebut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perpaduan kaum mesti dijadikan prinsip utama dalam usaha tersebut.
Zuraida diarah bayar hanya RM100,000 kepada PKR kerana langgar syarat bon parti
Bekas Naib Presiden PKR Datuk Zuraida Kamaruddin telah diarahkan untuk membayar hanya RM100,000 kepada PKR kerana melanggar syarat bon parti itu.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Singapura laksana laluan imigresen guna kod QR untuk penumpang bas mulai 16 Dis
ICA berkata pelaksanaan penuh di kedua-dua pusat pemeriksaan darat (Tuas dan Woodlands) disasarkan untuk selesai menjelang pertengahan Januari 2025.
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
“Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah” - YB Pasir Mas
Ahli Parlimen Pasir Mas bertanya apakah jaminan kerajaan untuk fitnah yang ada dalam media sosial tidak berterusan. “Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tenaga hijau dijual kepada Singapura merupakan lebihan TBB negara
Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang dibekalkan kepada Singapura bermula bulan ini adalah lebihan bekalan tenaga elektrik hijau dalam negara yang tidak digunakan ketika ini.
Program Digital Rakyat akan dilancarkan esok
Kementerian Digital akan melancarkan Program Digital Rakyat esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat seiring perkembangan ekonomi digital masa kini.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
AWANI Ringkas: KPM cadang perluas kelas hibrid ke 400 sekolah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anak lelaki risau tahap kesihatan Aung San Suu Kyi di penjara
Kim Aris dakwa, ibunya dinafikan akses kepada doktor luar selepas mengalami pening dan muntah.
Pengampunan separa Suu Kyi tidak bermakna - Anak
Pengampunan separa oleh tentera junta Myanmar terhadap bekas pemimpin yang dipenjarakan, Aung San Suu Kyi tidak mempunyai sebarang makna.
Thailand sambut baik pengampunan Suu Kyi
Thailand berharap pemberian pengampunan itu akan membantu mewujudkan suasana kondusif untuk dialog politik di Myanmar.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Junta Myanmar beri pengampunan negara kepada Suu Kyi
Bekas pemimpin parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) itu dipenjarakan sejak rampasan kuasa Februari 2021.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suu Kyi sokong rundingan 'tanpa syarat' untuk hentikan krisis di Myanmar - Laporan
Pemimpin Myanmar yang dipenjarakan Aung San Suu Kyi akan menyokong rundingan "tanpa prasyarat" untuk menamatkan krisis yang berlaku di negara itu.
UK umum sekatan baharu terhadap Myanmar, sasar pembekal peralatan tentera
United Kingdom pada Isnin mengumumkan sekatan baharu terhadap Myanmar, termasuk menyasarkan pembekal peralatan ketenteraan kepada junta.
Kerajaan tentera Myanmar nafi lakukan pembunuhan beramai-ramai
Anggota kumpulan penentangan bersenjata mendakwa bahawa mayat mangsa ditemukan di pekarangan sebuah biara Buddha pada lewat Sabtu lalu.
Pilihan Raya Myanmar di tengah-tengah keganasan, Ketua PBB suarakan kebimbangan
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Isnin menyuarakan kebimbangan mengenai hasrat junta Myanmar untuk mengadakan pilihan raya di tengah-tengah keganasan.