awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sokong integrasi menyeluruh di bawah BRI bagi pembangunan mineral - NRES

Bernama
Bernama
23/05/2025
22:00 MYT
Malaysia sokong integrasi menyeluruh di bawah BRI bagi pembangunan mineral - NRES
NRES dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, penyertaan negara menerusi CAMCC 2025 itu bermanfaat dalam membantu industri perlombongan Malaysia merebut peluang untuk menarik pelaburan dari China.
PUTRAJAYA: Malaysia menyokong integrasi yang lebih menyeluruh di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) bagi membangunkan sumber mineral secara mampan melalui integrasi serantau untuk kemakmuran bersama.
Perkara itu dinyatakan menerusi ucaptama Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES). Datuk Dr Ching Thoo a/l Kim di Persidangan Kerjasama Perlombongan China-ASEAN (CAMCC) ke-13 yang berlangsung di Nanning, China selama tiga hari bermula Khamis.
NRES dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, penyertaan negara menerusi CAMCC 2025 itu bermanfaat dalam membantu industri perlombongan Malaysia merebut peluang untuk menarik pelaburan dari China.
"Di samping itu, ia juga dapat meluaskan jaringan hubungan antara pihak industri dan mewujudkan peluang pelaburan dalam sektor mineral di negara China dan ASEAN," menurut kenyataan itu.
Persidangan berkenaan merupakan acara tahunan bagi sektor perlombongan sejak 2010.
Delegasi Malaysia yang diketuai Ching Too turut disertai Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Datuk Zamri Ramli; Presiden Dewan Perlombongan Malaysia, Datuk Seri Mohd Ajib Anuar, wakil Khazanah Nasional Berhad, agensi kerajaan negeri dan penggiat industri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NRES
#nisiatif Jalur dan Laluan
#BRI
#mineral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan