awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tawar persekitaran selamat untuk rakyat Palestin lanjut pelajaran - Raja Zarith Sofiah

Bernama
Bernama
05/03/2024
23:15 MYT
Malaysia tawar persekitaran selamat untuk rakyat Palestin lanjut pelajaran - Raja Zarith Sofiah
Seri Paduka Baginda bertitah Malaysia dapat menawarkan peluang kepada golongan muda untuk mendapatkan pendidikan dan berada di tempat selamat. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bertitah rakyat Palestin di Malaysia boleh berada dalam persekitaran selamat, dengan peluang masa depan yang lebih baik melalui pendidikan.
Dalam sesi pertemuan diraja dengan pelajar Palestin dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Seri Paduka Baginda bertitah Malaysia dapat menawarkan peluang kepada golongan muda untuk mendapatkan pendidikan dan berada di tempat selamat.
"Walaupun kami tidak dapat banyak membantu kerana bukan pemimpin dunia, kami tidak menggubal dasar - sebagai rakyat Malaysia yang jauh dari Palestin - kami dapat menawarkan pendidikan dan tempat selamat kepada golongan muda seperti anda untuk anda sendiri, keluarga dan anak-anak, sekurang-kurangnya kami tahu bahawa anda akan selamat di sini, insya-Allah.
"Seperti yang kita tahu dalam Islam, ilmu adalah penting dan bagi anda semua yang ingin membina semula negara, anda perlukan ilmu. Mereka yang ingin menjadi jurutera, doktor, apa sahaja profesion yang anda mungkin impikan, kami tawarkan tempat selamat di sini di Malaysia, di UTM dan UTHM dan saya pasti universiti lain di seluruh negara juga," titah Seri Paduka Baginda.
Raja Zarith Sofia yang juga Canselor UTM bertitah demikian dalam hantaran yang dimuat naik melalui laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Mengiringi Raja Permaisuri Agong ke majlis itu ialah Che' Puan Mahkota Khaleeda Bustamam yang juga Pro-Canselor UTM dan Naib Canselor UTM Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail.
Sesi itu dihadiri 20 pelajar Palestin dari dua universiti, masing-masing mempunyai kisah duka dan pilu yang ditanggung akibat konflik berpuluh tahun di negara asal mereka.
Kedua-dua wakil komuniti Palestin di UTM (Dr Mohamad Darwish) dan UTHM (Mohammed A. A. Mansour) juga berkongsi pengalaman dan kisah mereka mengenai konflik di negara itu, serta menyatakan penghargaan atas rasa simpati dan solidariti Seri Paduka Baginda dengan Palestin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Zarith Sofiah
#sambung pelajaran
#Malaysia
#rakyat Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan