KUALA LUMPUR: Malaysia telah menjadi peneraju global dalam ketersambungan 5G dengan sokongan rangkaian yang pantas dan boleh dipercayai, berdasarkan laporan kajian penanda aras Opensignal yang bertajuk "Menanda Aras Pengalaman 5G Global - Jun 2023".
Opensignal, sebuah laman web yang memiliki kepakaran dalam pengukuran serta analisis prestasi rangkaian mudah alih berkata ketersediaan rangkaian 5G yang selamat, teguh dan boleh dipercayai di Malaysia turut menjadi daya tarikan utama bagi pelabur asing apabila mempertimbangkan lokasi di rantau ini.
Data dalam laporan itu menekankan pencapaian cemerlang Malaysia dalam melaksanakan dan menyampaikan pengalaman 5G yang terbaik kepada pengguna.
Malaysia telah mencapai kedudukan prestasi yang mengagumkan untuk sambungan 5G di peringkat global, hasil daripada prestasi rangkaiannya yang cemerlang, kata laporan yang disiarkan di laman web Opensignal pada Rabu.
Penyelidikan Opensignal menunjukkan bahawa rangkaian 5G Malaysia memberikan kelajuan dan kebolehpercayaan yang sangat baik, mengatasi prestasi banyak negara perindustrian dengan purata kelajuan muat turun 5G sebanyak 322.7 megabit sesaat (Mbps).
Malaysia berada di kedudukan keempat untuk purata kelajuan muat turun 5G di belakang Korea Selatan (432.5 Mbps), Singapura (376.8 Mbps) dan Brazil (346.4 Mbps).
Secara keseluruhan, terdapat hanya tujuh pasaran yang mana purata kelajuan 5G adalah melebihi 300 Mbps.
Skor tinggi Malaysia dibantu oleh pendekatan rangkaian borong tunggal 5Gnya, yang telah dapat mempercepatkan pelancaran dan memberikan pengguna pengalaman bertaraf dunia.
Dengan kelajuan yang tinggi, pengguna di negara ini mampu menikmati permainan tanpa lag, muat turun pantas dan penstriman yang lancar.
Teknologi rangkaian 5G baharu terus menawarkan pengguna kelajuan muat turun purata dunia sebenar yang sangat baik yang berkali ganda lebih pantas daripada purata kelajuan muat turun 4G.
Di Malaysia, 5G adalah 14.4x lebih pantas berbanding 4G yang meletakkan kedudukan negara ini kedua di belakang India (19.2x).
Pengguna di kebanyakan pasaran hanya menikmati kelajuan 5G yang tiga hingga enam kali lebih pantas daripada 4G.
Rangkaian 5G Malaysia juga menawarkan kelajuan muat naik purata yang mengagumkan sebanyak 41.5 Mbps, memastikan perkongsian data serta kandungan yang pantas dan cekap.
Negara ini menduduki tempat ketiga untuk kelajuan muat naik 5G di belakang Korea Selatan (42.0 Mbps) dan Guatemala (42.0 Mbps).
Laporan itu selanjutnya menjelaskan bahawa prestasi cemerlang Malaysia dalam ketersambungan 5G mempunyai implikasi yang signifikan terhadap transformasi digital negara.
Kelajuan 5G yang amat baik, kependaman yang lebih rendah termasuk ketersediaan yang lebih luas telah membolehkan perniagaan, industri dan individu membuka peluang baharu.
Industri seperti pembuatan, penjagaan kesihatan, logistik serta hiburan telah menyaksikan kecekapan dan produktiviti yang dipertingkatkan, memacu pertumbuhan ekonomi serta inovasi.
Opensignal juga berkata kejayaan pelancaran 5G Malaysia boleh dikaitkan dengan kerjasama yang kukuh antara kerajaan, pembekal perkhidmatan mudah alih dan pembekal teknologi rangkaian.
Kerajaan secara proaktif telah memupuk persekitaran yang membolehkan penggunaan 5G dengan memperkemas peraturan, memperuntukkan spektrum dan menggalakkan perkongsian.
Pendekatan kerjasama ini telah memastikan pelaksanaan teknologi 5G yang pantas dan lancar di seluruh negara.
Prestasi luar biasa Malaysia dalam ketersambungan 5G, seperti yang digariskan dalam laporan penanda aras Opensignal, mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju global dalam bidang tersebut.
Sebagai rangkaian yang boleh dipercayai dan pantas, dengan kependaman yang rendah serta ketersediaan yang meluas, rangkaian 5G sedang menerajui transformasi digital dan memulakan era baharu dalam kemajuan teknologi.
Komitmen negara untuk membina infrastruktur 5G yang mantap dan pendekatan kolaboratifnya antara sektor awam dan swasta memberikan inspirasi untuk diikuti oleh negara lain.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 05 2023

Komitmen negara untuk membina infrastruktur 5G yang mantap dan pendekatan kolaboratifnya antara sektor awam dan swasta memberikan inspirasi untuk diikuti oleh negara lain.
13 maut dalam kebakaran asrama di Almaty
Sekurang-kurangnya 13 maut akibat kejadian kebakaran asrama yang berlaku Almaty, Kazakhstan, awal pagi Khamis.
Penternak anjing protes berhampiran pejabat Presiden Korea Selatan
Kira-kira 200 penternak anjing di Korea Selatan menganjurkan protes berhampiran pejabat Presiden di Seoul, mendesak kerajaan membatalkan rancangan mengharamkan amalan kontroversi memakan haiwan itu sejak beberapa abad lalu.
Pemberhentian perang Israel-Palestin dilanjutkan sehari
Israel dan Hamas hari ini bersetuju melanjutkan pemberhentian perang selama sehari lagi, enam minit sebelum perjanjian pemberhentian perang selama enam hari sebelum ini tamat.
Tebusan warga Thailand tiba di Bangkok
Ketibaan 17 tebusan warga Thailand yang ditahan di Semenanjung Gaza tiba di Bangkok pada petang Khamis, disambut ahli keluarga yang menunggu kepulangan mereka.
Persidangan bermula, bincang pembiayaan projek iklim, nilai kemajuan
Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP28) bermula di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi membincangkan isu mendesak berkaitan pemanasan global serta menilai kemajuan interim yang dicapai oleh masyarakat antarabangsa sejak Perjanjian Paris ditandatangani.
Delegasi, syarikat minyak perlu bekerjasama tangani perubahan iklim
Presiden COP28, Sultan Al Jaber menggesa pada delegasi untuk mencari titik persamaan dalam dasar bagi memenuhi matlamat iklim global.
Malaysia-India komited teroka bidang kerjasama baharu
Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Menteri Hal Ehwal Luar dan Pendidikan India, Dr Rajkumar Ranjan Singh di Kuala Lumpur pada Khamis
Perdana Menteri terima kunjungan hormat Prabowo
Menganggap Prabowo sebagai sahabat lama, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan itu membincangkan pelbagai isu terkait kepentingan bersama Malaysia dan Indonesia.
Malaysia pertama di Asia Tenggara guna rangkaian komunikasi 4G
Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan rangkaian komunikasi LTE-Railway (LTE-R) menggunakan 4G pada kereta api penumpang di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665km.
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara 6 bulan, denda RM500
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Marang atas kesalahan menggantung dan mengibar bendera Israel.

Ericsson bangunkan cip RAN terbaharu guna teknologi pembuatan cip Intel 4
Cip ini dibangunkan menggunakan proses pengilangan cip Intel 4 (4nm) melalui program IDM 2.0.

Langganan perkhidmatan 5G cecah 3.6 juta setakat 31 Okt 2023 - KKD
Pakej 5G Rahmah diperkenal pada Ogos 2023 kepada kumpulan berpendapatan rendah dan penjawat awam, dengan harga berpatutan.

Perjanjian langganan saham DNB dijangka ditandatangan dalam tempoh seminggu - Fahmi
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan sebarang butiran SSA antara pengendali rangkaian mudah alih (MNO) dan DNB.

5G kedua: Huawei juga perlu lalui proses tender terbuka seperti Ericsson
Proses tender terbuka untuk rangkaian kedua 5G dilaksanakan oleh Digital Nasional Berhad, seperti mana sewaktu dimenangi Ericsson dahulu.

5G: Pendirian kerajaan jangan kenakan caj tambahan - Fahmi
Pengendali rangkaian mudah alih (MNO) tidak wajar mengenakan caj tambahan terhadap pengguna yang menaik taraf langganan kepada rangkaian 5G.
![[KOLUMNIS] Jangan kompromi soal keselamatan siber negara [KOLUMNIS] Jangan kompromi soal keselamatan siber negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683601424_TBG.jpg)
[KOLUMNIS] Jangan kompromi soal keselamatan siber negara
Keputusan ini mungkin mempunyai kesan jangka panjang yang luas terhadap perkembangan teknologi dan hubungan geopolitik Malaysia.
![[KOLUMNIS] Data kini sama taraf dengan senjata merbahaya [KOLUMNIS] Data kini sama taraf dengan senjata merbahaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692004357_cyberthreatshacke.jpg)
[KOLUMNIS] Data kini sama taraf dengan senjata merbahaya
Kejadian yang berlaku di Gaza, walaupun jauh dari Malaysia menunjukkan bahaya manipulasi media dan permainan geopolitik dunia digital.

KKD harap Belanjawan 2024 perkasa rangkaian 5G negara
Sekiranya peruntukan KKD diluluskan, lebih banyak Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana dapat memanfaatkan teknologi 5G.

Perkhidmatan 5G capai 70.2 peratus liputan kawasan berpenduduk - Fahmi
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, sebanyak 5,873 tapak 5G juga sudah siap dibangunkan sehingga tempoh sama.

Hanya 7 juta akaun di Malaysia miliki peranti sokong 5G - Fahmi
Hanya tujuh juta daripada 45 juta akaun pengguna telefon mudah alih di Malaysia memiliki peranti yang menyokong 5G.