awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia terima lawatan kerja Menteri Luar Negeri Brunei

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
21/04/2022
00:50 MYT
Malaysia terima lawatan kerja Menteri Luar Negeri Brunei
Wisma Putra berkata, Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Bersama Malaysia-Brunei Darussalam mempamerkan komitmen berterusan Malaysia dan Brunei ke arah memuktamadkan hal ehwal persempadanan darat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Luar Negeri Kedua Brunei Darussalam Datuk Seri Setia Erywan Pehin Datu Pekerma Jaya Mohd Yusof akan mengadakan lawatan kerja ke Malaysia pada 20 hingga 22 April ini.
Antara lain, pertemuan bersama Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Saifuddin Abdullah akan diadakan bagi menyusul kerjasama dua hal yang dibincangkan semasa lawatan rasmi Perdana Menteri ke negara itu Februari lalu.
"Lawatan kerja ini adalah bersempena dengan penganjuran Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Bersama Malaysia-Brunei Darussalam berkenaan sempadan darat.
"Jawatankuasa bersama ini merupakan mekanisme penting dalam hubungan istimewa di antara kedua-dua negara.
"Pelaksanaan mesyuarat pertama ini mempamerkan komitmen berterusan Malaysia dan Brunei ke arah memuktamadkan persempadanan darat sejak kedua-dua negara menjalinkan kerjasama dalam hal ehwal sempadan darat pada 2012," kata Kementerian Luar Negeri Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.
Erywan juga dijadual mengadakan pertemuan dengan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Lawatan ini akan dilaksanakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Untuk rekod, pada 2021, Brunei merupakan rakan dagangan ke-30 terbesar Malaysia dan ke-6 terbesar dalam ASEAN dengan jumlah perdagangan berjumlah RM8.03 bilion (USD1.87 bilion).
Ia merupakan peningkatan ketara sebanyak 70.4% peratus, berbanding nilai yang direkodkan pada 2020.
Topic Berkaitan
#Menteri Luar Brunei
#Saifuddin Abdullah
#sempadan darat
#Datuk Seri Setia Erywan Pehin Datu Pekerma Jaya Mohd Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan