awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia terima pengembara ambil vaksin Covaxin India - Khairy

Bernama
Bernama
06/11/2021
10:47 MYT
Malaysia terima pengembara ambil vaksin Covaxin India - Khairy
Khairy berkata, walaupun negara tidak menggunakan vaksin itu memandangkan bekalan vaksin mencukupi namun dari segi pengiktirafan, Malaysia menerima mana-mana pengembara yang mengambil vaksin berkenaan. - Gambar fail
KOTA BHARU: Malaysia menerima kemasukan pengembara yang mengambil suntikan vaksin COVID-19 Covaxin keluaran India, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata walaupun negara tidak menggunakan vaksin itu memandangkan bekalan vaksin mencukupi namun dari segi pengiktirafan, Malaysia menerima mana-mana pengembara yang mengambil vaksin berkenaan.
"Malaysia ucapkan tahniah kepada India kerana berjaya hasilkan vaksin buatan sendiri. Apabila (vaksin) telah mendapat kelulusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kita anggap kita perlu terimalah walaupun kita tidak guna di Malaysia kerana bekalan vaksin kita masih mencukupi," katanya.
Khairy berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM) Datuk Mohd Shafiq Abdullah dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Rabu lepas WHO meluluskan vaksin Covaxin yang dibangunkan pengeluar ubat-ubatan India, Bharat Biotech bagi kegunaan darurat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#India
#Covaxin
#Khairy Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan