awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia teroka kerjasama dalam bidang sains, teknologi, pertahanan pada DSEI 2023

Bernama
Bernama
13/09/2023
12:46 MYT
Malaysia teroka kerjasama dalam bidang sains, teknologi, pertahanan pada DSEI 2023
Kementerian Pertahanan dalam kenyataan memaklumkan pertemuan itu juga bagi mendapatkan perkembangan terkini pembangunan industri pertahanan serta penggunaan peralatan dan sistem teknologi pertahanan terkini. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia meneroka peluang jalinan kerjasama dengan United Kingdom dan negara strategik dalam bidang sains, teknologi dan industri pertahanan, selaras dengan Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara (DIPKN) yang sedang dibangunkan.
Perkara itu dinyatakan semasa Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan yang dalam rangka lawatan kerja ke United Kingdom bagi menghadiri Defence and Security Equipment International (DSEI 2023), mengadakan pertemuan dengan beberapa pemain utama industri pertahanan antarabangsa pada program itu yang diadakan di ExCel, London.
Kementerian Pertahanan dalam kenyataan memaklumkan pertemuan itu juga bagi mendapatkan perkembangan terkini pembangunan industri pertahanan serta penggunaan peralatan dan sistem teknologi pertahanan terkini.
Lawatan kerja Mohamad dan delegasi ke United Kingdom adalah atas jemputan bekas Setiausaha Pertahanan United Kingdom Ben Wallace yang turut disertai Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman dan Panglima Tentera Darat Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.
Dalam lawatannya yang bermula semalam itu, Mohamad turut berkesempatan mengadakan pertemuan dengan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Zakri Jaafar, seterusnya mengadakan perbincangan dengan ketua jabatan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia.
"Pertemuan berkenaan antaranya bagi memaklumkan mengenai perkembangan terkini dalamnegara serta berkongsi pendirian Malaysia berhubung isu-isu keselamatan serantau," menurut kenyatan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamad Hasan
#sains teknologi pertahanan
#Malaysia
#DSEI 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan