KUALA LUMPUR:Komuniti perniagaan antarabangsa dan domestik terus memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang disukai berikutan kekuatan dan potensi negara ini, kata Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Walaupun pandemik COVID-19 sedang menular, banyak syarikat antarabangsa dan multinational telah mula mewujudkan program pembangunan vendor serta inisiatif pengurusan rantaian bekalan bersama-sama dengan syarikat dan pembekal tempatan.
"Selama bertahun-tahun, pembekal tempatan telah menjadi pengeluar yang besar dalam hak liputan mereka dan ada di antara mereka yang kini telah tersenarai dalam bursa saham kami, ini menyediakan peluang pekerjaan untuk bakat tempatan," kata menteri itu dalam catatan beliau di LinkedIn hari ini.
Antara projek yang diluluskan untuk tempoh sembilan bulan pertama 2020 termasuk LEM (Switzerland), Dexcom, Ultra Clean (Amerika Syarikat), Keysight Technologies (Amerika Syarikat), Bosch (Jerman) serta Nippon Electric Glass (Malaysia) Sdn Bhd.
Kedudukan Malaysia juga mendapat pengiktirafan daripada pelbagai firma penarafan dalam pelbagai metrik; bukti kepada perlaksanaan dasar Malaysia yang agak mantap.
Tengku Zafrul menyatakan bahawa menurut laporan oleh Bloomberg baru-baru ini, Malaysia adalah destinasi utama kelima di kalangan ekonomi baru muncul untuk pelaburan dan perniagaan, di belakang potensi pemulihan ekonomi yang pesat, kedudukan fiskal termasuk kewangan yang stabil serta keupayaan dalam menangani dan mengurangkan pandemik COVID-19.
Dalam pada itu, beliau menegaskan seperti banyak negara lain, Malaysia juga berhadapan dengan cabaran yang sukar, khususnya bagi membina semula ekonomi yang terjejas akibat COVID-19.
Usaha kerajaan bermula dengan inisiatif yang diperkenalkan melalui pelan pemulihan ekonomi jangka pendek (PENJANA) yang diumumkan pada Jun 2020.
Di bawah Belanjawan 2021, banyak insentif ini sama ada telah diperluaskan atau dilanjutkan bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk aktiviti perkhidmatan tambah nilai tinggi dan hab inovasi, teknologi canggih dan penyediaan industri masa depan.
Beliau menegaskan kementerian telah bekerjasama dengan agensi dan kementerian lain bagi memastikan insentif-insentif ini disediakan kepada pelabur yang tulen.
"Tetapi harus diingat dua perkara penting: Malaysia masih dalam krisis kesihatan dan setiap negara adalah unik daripada segi memikat pelaburan langsung asing.
"Walaupun Malaysia masih berusaha tanpa henti untuk menangani COVID-19, pemulihan dalam kesihatan awam, ekonomi ataupun pelaburan, pasti akan mengambil masa," katanya.
Tengku Zafrul berkata kementerian telah menghubungi pelbagai agensi dan kumpulan perniagaan tempatan serta antarabangsa termasuk Dewan Perniagaan Malaysia Amerika, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia Perancis dan Dewan Perniagaan Malaysia British serta mengadakan perbincangan dengan pelbagai duta, pesuruhjaya dan menteri.
"Kami tidak berjaya bertemu dengan setiap satu (daripada mereka) tetapi kami sedang menuju ke arah itu.
"Pegawai kementerian dan saya amat berharap dapat bertemu dengan semua dewan perniagaan dan pihak berkepentingan lain di Malaysia bagi melihat sejauh mana kami boleh bekerjasama, khususnya dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta agensi berfokuskan pelaburan lain - untuk memudahkan lebih banyak pelaburan daripada rakan perdagangan kami pada 2021 dan seterusnya," katanya lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 11 2021
Komuniti perniagaan antarabangsa dan domestik terus memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang disukai berikutan kekuatan dan potensi negara ini, kata Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz. - Gambar fail/BERNAMA
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 24 April 2024
Jumlah dagangan naik kepada 3.73 bilion unit bernilai RM2.79 bilion daripada 3.49 bilion unit bernilai RM2.53 bilion pada Isnin.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Ketidaktentuan pasaran global: Impak & Strategi Pelaburan di Malaysia
S&P 500 ditutup lebih rendah untuk tiga minggu berturut-turut, manakala Nasdaq yang terdiri daripada teknologi jatuh untuk minggu keempat berturut-turut. Bagaimana impak ketidaktentuan pasaran global memberi kesan kepada pasaran saham di Malaysia?
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Akaun 3 KWSP: Tingkat literasi kewangan, depani krisis persaraan
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkongsi pandangan beliau berkenaan pelaksanaan Akaun 3 KWSP serta bagaimana pentingnya literasi kewangan dalam mendepani krisis persaraan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
KL20: Malaysia menuju ke arah bandar pintar, perkukuh infrastruktur digital
Inisiatif Malaysia untuk mengubah bandarnya menjadi hab pintar bertujuan untuk menarik pelaburan antarabangsa yang lebih besar.
Malaysia jadi destinasi pelaburan dunia kerana kestabilan politik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia kini menjadi perhatian dunia sebagai destinasi pelaburan unggul berikutan kestabilan politik dan dasar ekonomi yang jelas.
Malaysia catat 276 penyelidikan klinikal tajaan tahun lepas - Dzulkefly
Malaysia telah mencatatkan jumlah bersejarah sebanyak 276 penyelidikan klinikal tajaan baharu tahun lepas iaitu peningkatan ketara 24 peratus dari tahun ke tahun.
Industri hiburan penghubung antara Malaysia dan China - Shila Amzah
Shila Amzah percaya bahawa industri hiburan mempunyai pengaruh yang besar dan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan diplomatik Malaysia-China.
Malaysia berhasrat jadi 20 negara terbaik ekosistem pemula niaga global
Malaysia berhasrat menjadi antara 20 negara terbaik dalam ekosistem pemula niaga global menjelang 2030 dan meletakkan Kuala Lumpur sebagai hab pemula serta digital serantau.
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
Perang Iran-Israel: Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.