Malaysia tidak berganjak dengan pendirian menolak dan mengutuk sebarang kekejaman rejim Israel terhadap Palestin, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.
Beliau berkata pendirian itu juga harus dizahirkan oleh seluruh rakyat Malaysia bagi menunjukkan solidariti dan bersama berjuang mengutuk keganasan dan penindasan ke atas umat Islam di bumi Gaza itu.
"Program bacaan Yasin atau Yaasin4Aqsa yang dilancarkan hari ini merupakan simbol kebersamaan dan solidariti umat Islam di negara ini terhadap penderitaan rakyat di Palestin.
"Benda ringkas baca Yasin, tapi ia dibaca dengan penuh penghayatan dan mesej menunjukkan bahawa Malaysia prihatin mendoakan keselamatan dan bersama-sama dengan perjuangan rakyat Palestin," katanya selepas melancarkan program Yaasin4Aqsa di Masjid Negara di sini malam tadi.
Terdahulu, 1,500 orang yang hadir di masjid itu bersama-sama menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjamaah diikuti solat sunat Hajat dan bacaan Yasin.
Turut hadir antaranya Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Mohd Azmi Abdul Hamid dan Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali serta beberapa lagi duta negara Islam yang lain.
Mujahid turut menegaskan bahawa Malaysia tidak akan memberi sebarang peluang hubungan diplomatik dengan negara terbabit dan menyeru agar Yaasin4Aqsa akan dibuat secara berterusan di seluruh negara.
"Kita harap majlis Yaasin4Aqsa di seluruh negara berterusan bagi mengingatkan semua bahawa isu Palestin ini belum selesai," katanya.
Israel sejak beberapa hari lepas melancarkan serangan ke atas Gaza dan menambah jumlah tentera mereka di kawasan sempadan pada Isnin lalu yang didakwa sebagai tindak balas pelancaran roket oleh Hamas.
Israel merampas Gaza pada 1967 secara haram sebelum menarik semula tentera mereka pada 2005 dan sejak itu wilayah itu terus bergolak.
Dalam pada itu, Mohd Azmi berkata MAPIM telah menerbit dan mencetak satu juta naskah Yasin berjudul Surah Yasin dan Kebangkitan Ummah yang akan diedarkan di seluruh negara.
Sebanyak 100,000 naskhah diedarkan sehingga kini dan disasarkan bermula Ramadan sehingga akhir tahun nanti semua naskhah habis diedar serta dapat mengumpul dana untuk Tabung Al-Aqsa, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2019

Mujahid berkata, program Yaasin4Aqsa membawa mesej menunjukkan bahawa Malaysia prihatin mendoakan keselamatan dan bersama-sama dengan perjuangan rakyat Palestin. --fotoBERNAMA

Dua ditahan dipercayai ibu bapa kepada 4 beradik ditinggalkan
Kedua-dua mereka dipercayai ibu dan bapa kanak-kanak berkenaan ditahan di dua lokasi berasingan pada Isnin dan Selasa.
Lanjutan gencatan senjata bergantung kepada keupayaan untuk membebaskan tebusan - Qatar
Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Al-Ansari berkata fokus utama ketika ini adalah untuk meneruskan gencatan senjata, sekali gus membuka peluang rundingan penghentian situasi keganasan.
#IsraelCuak
#IsraelCuak
Kekalkan gencatan senjata, Palestin tuntut keadilan
Gencatan senjata perlu dikekalkan, bukan hanya tambahan dua hari. Gesaan itu disuarakan tegas Pemerhati Tetap Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Riyad Mansour, berkata ini merupakan tempoh paling dahsyat pernah dialami oleh rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.
#IsraelCuak
#IsraelCuak
Israel sedia teruskan pertempuran selepas gencatan senjata
Perkara itu disahkan oleh Ketua Tentera Pertahanan Israel (IDF), Herzi Halevi yang menyifatkan tentera IDF kini berada pada tahap kesiap siagaan untuk meneruskan pertempuran.
#IsraelCuak
#IsraelCuak
Penduduk Gaza terdedah dengan risiko wabak berjangkit - WHO
Lebih ramai individu terdedah kepada risiko maut akibat penularan penyakit berbanding pserangan pengeboman di Semenanjung Gaza jika sistem kesihatan wilayah itu tidak dibaik pulih.
#IsraelCuak
#IsraelCuak
Kesemua 41 mangsa runtuhan terowong di India berjaya diselamatkan
Menurut Ketua Menteri Uttarakhand Pushkar Singh Dhami, kesemua mangsa berada dalam keadaan sihat bagaimanapun perlu mendapat rawatan dan pemantauan daripada pihak hospital.
Ais cair mendadak di Antartika, penyelidik 'panik'
Kehilangan mendadak ais laut di Antartika telah membimbangkan para penyelidik. Ahli biologi marin menjangkakan bahawa Antartika boleh hilang ais sepenuhnya, dan ia bakal disaksikan oleh generasi yang akan datang.

KBS akan tambah baik Program Podium - Timbalan Menteri
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menambah baik Program Podium Sukan Elit (Program Podium) bagi meningkatkan kualiti dan prestasi atlet negara.
![[LAPOR LANGSUNG] Hospital Al-Shifa di Gaza dibuka kembali [LAPOR LANGSUNG] Hospital Al-Shifa di Gaza dibuka kembali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699841768_AlShifahospital.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Hospital Al-Shifa di Gaza dibuka kembali
Kementerian Kesihatan di Gaza berjaya membuka semula jabatan dialisis di Hospital Al-Shifa di sini walaupun kemudahan itu rosak teruk.

PRK Kemaman: Saya bukti hidup DAP bukan parti rasis, anti-Islam - Rara
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman berkata, beliau adalah bukti hidup DAP bukanlah sebuah parti rasis dan anti-Islam, seperti didakwa pembangkang.

Johari bakal bertemu Xi Jinping, tumpu usaha tingkatkan hubungan Malaysia-China
, Tan Sri Johari Abdul bakal menumpukan usaha meningkatkan hubungan Malaysia-China dalam kerangka legislatif dan isu kelestarian alam, sewaktu lawatan rasmi selama empat hari, bermula 24 September.

Delegasi AS sekali lagi ke Taiwan
Rombongan itu adalah kumpulan peringkat kedua tertinggi yang melawat Taiwan dua minggu selepas lawatan Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi.

COVID-19: Malaysia bakal terima 1 juta dos vaksin sumbangan UAE - Hishammuddin
Sumbangan itu bakal meningkatkan lagi kadar vaksinasi melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)

Ceroboh ruang udara: Kementerian Luar akan hantar notis bantahan kepada China - Hishammuddin
Hishammuddin berkata, pihaknya akan memanggil Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia bagi memberikan penjelasan mengenai perkara itu.

Belanja mewah di Hawaii dan Itali, Najib ada pengetahuan penuh baki dalam akaunnya - Sithambaram
Sithambaram berhujah, Najib sentiasa tahu berapa baki dalam akaunnya, menyebabkan bekas PM itu berani mengeluarkan cek bernilai jutaan ringgit

Najib percaya duit dalam akaunnya datang dari Raja Arab Saudi, bukan SRC International - Peguam
Najib mempunyai kepercayaan wang RM42 juta tersebut merupakan sebahagian daripada sumbangan dana politik dari keluarga diraja Arab Saudi.

Gelaran 'abang' beri impak bahasa diplomasi, tidak jejas dasar luar - Pakar
Cuma bahasa yang digunakan, menyebut 'abang besar' itu - ia satu pendekatan luar daripada norma diplomasi yang biasa.

Korea Utara sah putuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia
Keputusan itu diambil selepas Mahkamah Persekutuan tolak rayuan akhir seorang rakyat Korea Utara terhadap perintah ekstradisi ke atasnya.

Protokol perjalanan bagi situasi seperti kematian: S'pura capai persetujuan dasar dengan M'sia
Singapura telah mencapai persetujuan secara dasar untuk mempunyai protokol perjalanan bagi situasi seperti kematian ahli keluarga.

Pulang semula ke China, Bai Tian harap persahabatan China-Malaysia kekal terjalin
Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, Bai Tian pulang semula ke China selepas tamat tempoh perkhidmatan pada Jumaat.