BANGKOK: Malaysia dan Thailand berminat untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor pertanian dan ekonomi digital bagi meningkatkan kerjasama ekonomi, kata Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha telah menetapkan sasaran perdagangan dua hala baharu sebanyak US$30 bilion (RM134 bilion) menjelang 2025.
"Malaysia dan Thailand sepakat untuk meningkatkan kerjasama ekonomi, antara lain, untuk meneroka bidang kerjasama baharu," katanya pada sidang media bersama rakan sejawatannya dari Thailand Don Pramudwinai, yang juga Timbalan Perdana Menteri di sini, hari ini.
Terdahulu, Saifuddin dan Don bersama mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JC) bagi Kerjasama Dua Hala Kali Ke-14 dan Mesyuarat Jawatankuasa Strategi Pembangunan Bersama (JDS) Kali Ke-5 bagi Kawasan Sempadan.
Thailand merupakan rakan dagangan ke-6 terbesar Malaysia dan rakan dagang kedua terbesar di kalangan negara anggota ASEAN. Jumlah perdagangan meningkat sebanyak 23 peratus kepada US$23.64 bilion pada 2021 berbanding tahun sebelumnya
Mengenai kawasan sempadan Malaysia-Thailand, Saifuddin berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk mempercepatkan pelaksanaan projek infrastruktur sempadan.
Ia termasuk membina jalan untuk menghubungkan kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam dengan kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao baharu di Songkhla dan Jambatan Persahabatan Kedua Rantau Panjang di Sungai Golok.
"Hampir 50 peratus perdagangan dua hala Malaysia-Thailand tertumpu di kawasan sempadan.
"Mempunyai infrastruktur yang baik di kawasan sempadan amat penting untuk menyokong keperluan rakyat dan komuniti perniagaan," katanya.
Semasa pertemuan itu, Saifuddin berkata sebagai antara tiga pengeluar getah asli terbaik di dunia, Malaysia dan Thailand turut meninjau untuk meneroka kerjasama dalam menstabilkan harga getah.
"Kedua-dua pihak juga membincangkan bagaimana Bandar Getah Kedah dan Bandar Getah Songkhla boleh bekerjasama untuk memanfaatkan pekebun kecil getah di kedua-dua negara dengan menstabilkan harga pasaran dan memanfaatkan pembekal rantaian nilai bagi industri berasaskan getah," katanya.
Sementara itu, Saifuddin berkata mesyuarat hari ini membuahkan hasil kerana ia memberi peluang kepada Malaysia dan Thailand untuk mengkaji semula kemajuan program kerjasama dua hala.
Kali terakhir kedua-dua mesyuarat - JC dan JDS diadakan adalah tujuh tahun lalu di Kuala Lumpur.
Malaysia akan menganjurkan Mesyuarat JDS dan JC berikutnya di Kuala Lumpur tahun depan pada tarikh yang sesuai untuk kedua-dua pihak. Berdasarkan giliran, Malaysia juga akan menjadi tuan rumah Perundingan Tahunan Malaysia-Thailand ke-7 di peringkat Pemimpin.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 10 2022
Malaysia dan Thailand sepakat untuk meningkatkan kerjasama ekonomi, antara lain, untuk meneroka bidang kerjasama baharu. - Gambar fail/BERNAMA
Break The Siege: Misi flotila ke Gaza belayar esok
Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza yang dijadualkan esok.
#AWANI745
#AWANI745
Peruntukan Pembangkang: Terpulang untuk Muhyiddin kata apa - TPM Fadillah
Terpulang kepada pihak pembangkang untuk mempersoalkan keikhlasan Kerajaan berhubung draf perjanjian persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Pelantikan ahli lembaga baharu DNB kemajuan penting dalam penyusunan semula rangkaian 5G - Gobind
Gobind berkata perkembangan terkini itu merupakan satu langkah penting ke arah memenuhi komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan dasar 5G dwi rangkaian.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Kerajaan memberi jaminan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumumkan dalam tempoh terdekat, sebagai antara yang terbaik pernah diperkenalkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
KESUMA tawar lebih 3,000 pekerjaan industri hijau dengan gaji RM3,000 hingga RM16,000
Kementerian Sumber Manusia menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dalam industri hijau menerusi Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau KESUMA 2024.
Kanak-kanak maut jatuh kondominium ketika ibu keluar ambil kakak di sekolah
Mangsa dipercayai telah membuka pintu koridor rumah yang tidak berkunci dan memanjat dinding koridor hingga terjatuh ke bawah.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
ANCC2024 membuka peluang kepada pelajar daripada institusi awam dan swasta untuk mengambil bahagian dalam mencipta penyelesaian inovatif bagi memerangi ancaman dalam talian.
AWANI Borneo [25/04/2024] - Istiadat ketenteraan | DUN Sabah | Ringankan beban pelajar B40
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 25 April 2024
Jasad Joanna Felicia selamat disemadi dengan istiadat ketenteraan
Tiga RUU diluluskan pada hari terakhir sidang DUN Sabah
Simpati nasib pelajar B40, Politeknik Tawau lancarkan inisiatif food bank
#AWANIBorneo 25 April 2024
Jasad Joanna Felicia selamat disemadi dengan istiadat ketenteraan
Tiga RUU diluluskan pada hari terakhir sidang DUN Sabah
Simpati nasib pelajar B40, Politeknik Tawau lancarkan inisiatif food bank
PRK Kuala Kubu Baharu: Pemimpin masyarakat India diminta jangan tabur fitnah - Ramanan
Pemimpin masyarakat India diingatkan supaya tidak menyebarkan fitnah dan maklumat salah sebagai senjata bagi meraih undi menjelang PRK Kuala Kubu Baharu.
PBM mampu penuhi permintaan darah yang semakin meningkat
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kaedah PBM Ini juga satu kaedah alternatif dalam proses transfusi darah kerana ia dapat meningkatkan pengurusan serta penggunaan darah untuk pesakit secara optimum.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
KL20: Malaysia menuju ke arah bandar pintar, perkukuh infrastruktur digital
Inisiatif Malaysia untuk mengubah bandarnya menjadi hab pintar bertujuan untuk menarik pelaburan antarabangsa yang lebih besar.
Malaysia jadi destinasi pelaburan dunia kerana kestabilan politik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia kini menjadi perhatian dunia sebagai destinasi pelaburan unggul berikutan kestabilan politik dan dasar ekonomi yang jelas.
Malaysia catat 276 penyelidikan klinikal tajaan tahun lepas - Dzulkefly
Malaysia telah mencatatkan jumlah bersejarah sebanyak 276 penyelidikan klinikal tajaan baharu tahun lepas iaitu peningkatan ketara 24 peratus dari tahun ke tahun.
Industri hiburan penghubung antara Malaysia dan China - Shila Amzah
Shila Amzah percaya bahawa industri hiburan mempunyai pengaruh yang besar dan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan diplomatik Malaysia-China.
Malaysia berhasrat jadi 20 negara terbaik ekosistem pemula niaga global
Malaysia berhasrat menjadi antara 20 negara terbaik dalam ekosistem pemula niaga global menjelang 2030 dan meletakkan Kuala Lumpur sebagai hab pemula serta digital serantau.