awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Thailand perluas kerjasama TVET perkukuh tenaga kerja berkemahiran tinggi

Bernama
Bernama
11/12/2025
15:00 MYT
Malaysia, Thailand perluas kerjasama TVET perkukuh tenaga kerja berkemahiran tinggi
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul di Rumah Kerajaan Thailand, sempena lawatan kerja tiga hari beliau ke Bangkok bermula hari ini. - Foto BERNAMA
BANGKOK: Malaysia dan Thailand meneroka potensi untuk memperluaskan kerjasama dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkukuh tenaga kerja teknikal dan berkemahiran tinggi kedua-dua negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ringkasan AI
  • Malaysia dan Thailand meneroka kerjasama dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkukuh tenaga kerja teknikal dan berkemahiran tinggi.
  • Kerjasama TVET termasuk dalam bidang pertanian dijangka meningkatkan peluang pekerjaan, memantapkan pembangunan modal insan, dan menyokong pertumbuhan ekonomi di kedua-dua negara.
  • Program kerjasama TVET antara Malaysia dan Thailand, termasuk latihan untuk jurulatih, bakal menjadi titik permulaan untuk memperkukuh hubungan industri halal dan peluang eksport bersama.

Beliau menekankan bahawa kerjasama TVET khususnya dalam bidang pertanian, mampu meningkatkan peluang pekerjaan, memantapkan pembangunan modal insan dan menyokong pertumbuhan ekonomi di kedua-dua negara.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dan Pengerusi Majlis TVET Negara berkata demikian kepada Bernama selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul, di Rumah Kerajaan, Khamis.
Katanya selain bidang pertanian, latihan kemahiran dalam sektor pembuatan, teknologi digital serta program mobiliti pelajar dan pensyarah turut diberikan perhatian dalam usaha sama itu.
"Bidang TVET penting bagi melengkapkan belia luar bandar dengan kemahiran teknikal yang relevan dalam menghadapi Revolusi Perindustrian Keempat (4IR)," katanya.
Tambahnya, antara program perintis yang akan menjadi titik permulaan kerjasama TVET antara kedua-dua negara ialah program latihan untuk jurulatih.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata dalam pertemuannya dengan Anutin, kedua-dua pemimpin turut bersetuju untuk memperkukuh kerjasama industri halal, termasuk pembangunan rantaian nilai halal, pelaburan dalam produk halal dan peluang eksport bersama.
"Malaysia menyambut baik minat Thailand untuk meneroka potensi halal secara lebih menyeluruh, memandangkan permintaan global yang semakin meningkat," katanya.
Terdahulu, Ahmad Zahid yang sedang dalam lawatan kerja tiga hari ke Thailand turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Dewan Negara merangkap Speaker Dewan Perwakilan Thailand, Wan Muhamad Noor Matha.
Sebagai rekod, pada 2024, Thailand merupakan rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia di peringkat global dan ketiga terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN, dengan jumlah dagangan RM114.56 bilion (AS$25.03 bilion).
Dari Januari hingga Oktober 2025, jumlah dagangan dua hala mencecah RM98.19 bilion (AS$22.79 bilion), berbanding RM95.52 bilion (US$20.79 bilion) dalam tempoh yang sama pada 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Thailand
#TVET
#Ahmad Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami